Monday, December 26, 2011

Laman Web Public Gold kembali!

Setelah beberapa bulan Public Gold menghadapi masalah laman web, kini laman web PG sudah boleh dilawati semula. Pengedar PG kini boleh membuat tambahan stok dengan lebih mudah. Layari website Public Gold di url www.publicgold.com.my.

Bagi anda yang berminat nak memulakan pelaburan emas dan perak fizikal anda, boleh hubungi kami sekarang! Selamat melabur~

Thursday, December 22, 2011

Jom beli emas sekarang~

Apa kabar? Didoakan agar anda sentiasa dalam keadaan terbaik anda dan semoga kebanyakan azam tahun 2011 telah anda capai.

Hanya tinggal 9 hari sebelum 2011 melabuhkan tirainya dan 2012 bertandang menemui kita. Memandangkan pada akhir tahun ni ramai antara kita yang mula mencongak pendapatan daripada sahan-saham yang dilaburkan, jom kita jenguk juga 'pendapatan pasif' kita melalui emas jika anda membuat belian pada 1.1.2011.

Harga emas dunia didagangkan pada nilai sekitar RM106.70/gram pada 1 Januari 2011. Pada 22 Disember 2011, ia didagangkan pada nilai sekitar RM164.15/gram. Oleh itu, jika emas yang anda beli pada 1.1.2011 itu dijual pada 22.12.2011, maka anda mendapat keuntungan pada kadar RM57.45/gram! Bayangkan anda membeli 10 gram, 100 gram atau 1 kilogram emas. Berapa agaknya keuntungan pelaburan anda pada hujung tahun ini.

Sumber dari FXPro Meta Trader

Namun, ia bergantung kepada jenis emas dan dari mana emas tersebut anda beli. Sudah pasti akan wujud sedikit perbezaan antara harga pasaran dunia dengan harga di pasaran kerana penjual perlu mengambil kira kos-kos pembuatan.

Apa yang ingin ditekankan di sini adalah pelaburan emas dilihat mempunyai kelebihan untuk memberikan peluang kepada anda untuk memperoleh keuntungan sama ada anda menjalankan perniagaan emas secara aktif ataupun secara simpanan (keuntungan melalui capital gain). Oleh itu, ambillah langkah segera dengan membuat pelaburan anda sendiri dengan menyimpan emas dan perak. Secara tempoh panjang, emas dilihat sukar untuk mengalami kejatuhan harga mendadak. Jadi, belilah emas sekiranya anda mempunyai wang dan menjualkannya semula jika anda memerlukan wang.

Ingin tahu lebih lanjut? Hubungi kami segera di 019-9830250 atau 013-2352426! Selamat menyimpan~

    Thursday, November 3, 2011

    Pendakian Bermula~

    Lama rasanya Serikandi Emas (SE) tak hantar post baru lantaran kesibukan masa~ Banyak sebenarnya perkara yang hendak dikongsikan bersama terlepas untuk dipapar untuk kalian lebih-lebih lagi tentang harga emas yang jatuh menjunam kebelakangan ini. Kepada mereka yang telah mengambil tindakan mengambil peluang menyimpan emas semasa harga membuat 'correction', anda mungkin telah tersenyum awal kerana dilihat trend harga emas kini telah mulai mendaki. Tapi seperti yang selalu SE nyatakan "tiada masa yang terlambat" untuk memulakan simpanan emas & perak. Emas & perak baik dijadikan sebagai simpanan jangka panjang anda! Jika anda mahu membuat simpanan emas & perak anda sendiri sebelum harga kembali melambung, silalah hubungi SE hari ini juga!.... Selamat menyimpan~

    Trend harga dilihat kembali mendaki selepas "bear" untuk beberapa minggu

    Monday, October 10, 2011

    Website Public Gold tiada? Adakah PG juga scam?

    Jika anda cuba melayari website Public Gold (PG) mulai 7 Oktober 2011 jam 6.30 petang lalu, ada mungkin tidak dapat menembusinya. Ramai pesaing PG kini mengambil kesempatan dengan menyatakan bahawa PG juga merupakan satu scam - oleh sebab itulah laman web mereka tidak dapat dilayari~ 

    SABAR & JANGAN MELATAH - info yang SE perolehi adalah pada masa ini PG sedang dalam usaha meningkatkan kemampuan server bagi menampung perkhidmatan pelanggan PG. Bayangkan... kini, PG telah mempunyai 15,000 dealer dan ini belum termasuk pelanggan biasa! dan majority urusniaga dijalankan melalui laman web mereka. Dalam keadaan tersebut pula, PG mengalami masalah bersama pemegang server mereka.

    Buat sementara ini, sila layari laman web PG melalui url ini sementara mereka mengambil tindakan selanjutnya bagi membolehkan anda mendapat info emas PG...

    layari url ini :- www.publicdinar.com.my
     

    Wednesday, October 5, 2011

    Emas Menyusut 13%! - Beli emas sekarang~

    Serikandi Emas (SE) kembali selepas beberapa ketika menyepi berkongsi perihal emas & perak dengan pembaca sekalian. Maaf untuk itu ye~

    Seperti yang diketahui, pasaran emas & perak dunia mengalami penurunan mendadak 4 minggu kebelakangan ini dengan kadar penyusutan sebanyak 13% dalam tempoh tersebut menurut penganalisis pasaran dunia. Ia dinyatakan sebagai kejatuhan harga emas terburuk akibat kemelesetan ekonomi dunia menyamai tragedi Lehman Brothers pada tahun 2008. Penurunan ini adalah akibat lambakan emas dalam pasaran ekoran penjualan emas bagi mengaut keuntungan di samping menampung kerugian portfolio pelaburan lain yang mengalami kejatuhan. Dengan kata lain, mereka menjadikan emas sebagai pelampung pelaburan lain mereka daripada terus kelemasan. Itulah sifat wang sebenar - ia tidak kehilangan nilai. Cuma oleh kerana nilai emas kini diukur dengan nilai matawang, ia seolah-oleh menyusut nilainya!

    Goldsilver.com melalui artikel bertarikh 3.10.2011 menunjukkan perbezaan nilai emas berbanding 75 matawang dunia yang lain dalam Suku 3 tahun 2011. Apa yang menarik adalah nilai emas adalah lebih tinggi berbanding kesemua 75 matawang tersebut. Yen Jepun mengalami penyusutan paling sedikit berbanding emas iaitu hanya 8.7% manakala Shillings Kenya mengalami kerugian tertinggi dengan perbezaan sebanyak 42.1%. Ini bermakna 1 oz emas bernilai 42.1 kali wang Kenya berbanding hanya 8.7 kali wang Jepun!

    Pengajaran yang ingin SE kongsi bersama adalah simpanan emas adalah berguna sepanjang zaman. Nilainya memang dilihat turun naik dalam tempoh jangka pendek. Namun dalam jangka panjang, ia tetap satu pelaburan yang baik. Jika tidak, masa mungkin Qatar dijangka akan membeli emas Greece sebanyak 10billion! Emas akan terus menjadi "matawang dunia" merentasi horizon masa berbanding matawang fiat yang mana mengikut kajian, sesuatu matawang hanya akan dapat bertahan dalam tempoh 30 - 40 tahun!

    Oleh itu, bertindak sekarang! Ambil peluang penurunan harga emas hari ini dengan membuat simpanan emas. Menurut penganalisis, harga emas akan mencecah USD2000 setiap oz troy dalam tahun 2012 nanti~ Bertindak sebelum terlambat.... Selamat menyimpan! Hubungi SE di 019-9830250. 

    Wednesday, September 7, 2011

    Simpan Aset & Bukan Liabiliti!

    Beberapa sumber yang pernah SE baca dan dengar (seperti The Richest Man in Babylon, Why We Want You To Be Rich, Richdad Poordad, taklimat MD Faizan, taklimat MD Shukor) ada menyebut jika kita ingin menjadi kaya, kita perlu mengetahui dan mengamalkan apa yang orang kaya lakukan (bukan bermakna ikut kelakuan ye!). So, di sini SE ingin kongsi salah satu amalan mereka untuk panduan kita bersama since SE rasa ia satu ilmu yang berguna. Dalam posting ini SE ingin berkongsi tentang mengumpul aset.


    Carta Aliran Wang
    Kebanyakan Orang
    Menurut Robert
    Donald Trump menyatakan bahawa 'The Rich' mengumpul aset dan 'The Poor' mengumpul liabiliti. Robert Kiyosaki pula menerangkan bahawa 'The Rich' mengumpul aset kerana mereka mengamalkan konsep wang bekerja untuk mereka dan bukannya mereka bekerja untuk wang ~ dan dengan mengumpul aset, ia merupakan langkah awal untuk menjadikan wang bekerja untuk mereka. Dengan mengumpul lebih banyak aset, lebih mudahlah income anda terbentuk. Pun begitu, definisi aset mengikut Robert adalah sesuatu yang menjana pendapatan kepada anda tanpa anda kehilangan aset tersebut. 

    Sebagai contoh, Robert menerangkan bahawa rumah kediaman anda adalah sebenarnya liabiliti dan bukannya aset kerana dengan anda mendiami rumah tersebut, anda perlu membelanjakan sesuatu untuk memastikan fungsinya dalam keadaan terbaik. Bagaimanapun, SE tidak bercadang untuk menerangkan dengan panjang lebar tentang perbezaan definisi aset ini. Anda mungkin boleh mencari buku tulisan mereka di pasaran. Pada pandangan peribadi SE, buku-buku tersebut mungkin dapat memberikan perspektif baru kepada anda berhubung pengurusan kewangan anda. Cuma pesan SE, bacalah dengan hati dan minda yang terbuka!


    'The Rich' menjadikan aset
    bekerja menjana wang untuk mereka
    (Robert Kiyosaki)
    Merujuk kepada pernyataan di atas, salah satu aset yang dijadikan contoh oleh Trump dan Robert adalah emas dan perak. Seperti yang pernah dinyatakan dalam posting terdahulu, emas & perak adalah penyimpan nilai wang terulung dan kini trend menunjukkan harganya kian kukuh untuk jangka masa panjang. Pada tahun 2010, kadar kenaikan harga emas adalah sebanyak 25%. Jika ini dijadikan sandaran, dengan membeli emas pada tahun 2010, kekayaan anda telah bertambah sebanyak 25% pada akhir tahun 2010 sekiranya anda menjual emas anda tersebut. Dengan menjual emas tersebut, pokok pembelian anda tidak hilang, malah anda menjana keuntungan dari capital gain harga emas & perak tersebut.

    Ini baru penerangan berkaitan keuntungan daripada capital gain. Belum lagi diterangkan jika anda aktif dalam trading dan lain-lain kreativiti dalam pelaburan emas. Hatta SE ada terbaca dalam artikel internet baru-baru ini tentang konsep 'Ar-Rahnu adalah perniagaan'. Again, SE tidak bercadang nak mengulas konsep tersebut. Tambahan pula, ilmu SE ni bukanlah banyak pun... heheheh~

    Oleh itu, SE suka berpesan kepada anda agar mengumpul emas dan perak sebagai aset anda mulai sekarang kerana golongan 'The Rich' mengamalkan kaedah ini. Sebenarnya amalan menyimpan emas ini tidak ubah seperti anda menyimpan wang kertas di bank untuk jangka masa panjang, cuma kita tukarkan wang kertas kita kepada emas & perak. Cuma dengan simpan emas & perak ada banyak lagi kebaikan yang telah diterangkan SE dalam posting terdahulu.

    Jadi, jom ambil langkah pertama anda dengan mengamalkan apa yang orang kaya telah lakukan iaitu menyimpan emas. Bertindak sekarang! Call SE seperti nombor yang tercatat di sebelah kiri website ini. Tidakkah anda turut ingin menjadi kaya? Selamat menyimpan!

    Friday, August 26, 2011

    Masa Yang Baik Untuk Jadi Dealer PG? Ambil Peluang Sekarang!

    Setelah harga emas dunia mendaki tinggi melepasi paras psikologi USD1900 per oz troy, kini tiba masa market membuat pembetulan harga. Harga emas kini turun dan ada yang menjangka ia mungkin mencecah sehingga USD1699 per oz troy. Jom kita lihat sikit trend tersebut melalui carta di bawah~

     Dpt dilihat trend bearish berdasarkan carta Gold Daily

    Kini harga emas berada pada paras Fibo 23.6 sebagai support level yang akan diuji. Sekiranya ia cukup kukuh, harga dijangka akan kembali mendaki selepas itu dan tanda-tandanya kini mula dapat dilihat. Apa pun keadaannya, ini adalah berita baik bagi mereka yang sering "menunggu" masa harga emas jatuh. Pada pandangan peribadi SE, penurunan harga ini adalah besar untuk memperoleh capital gain yang lebih besar di masa depan. Pendek kata, SE merasakan ini adalah masa terbaik untuk membeli emas dalam jumlah yang banyak sekaligus memperoleh 2 keuntungan iaitu (1) dapat jadi dealer PG - dapat komisyen! dan (2) peluang menunggu capital gain yang lebih besar!

    So, apa lagi! Anda ada sekurang-kurangnya RM20 ribu? Atau mempunyai keyakinan membuat pinjaman sebanyak itu? Bersedia menyimpan emas, dinar & perak? Bersedia untuk menjadi dealer PG? Hubungi saya di 019-9830250 sekarang sebelum harga kembali mendaki!

    p/s: Kenyataan di atas adalah pada pandangan peribadi SE setelah menilai beberapa faktor. Bagaimana pun, sebarang keputusan adalah 100% di tangan anda!

    Wednesday, August 24, 2011

    PENGUMUMAN! Operasi Pejabat PG Semasa Cuti Hari Raya & Kemerdekaan 2011

    Kepada semua pelanggan dan pengedar PG. Sila ambil maklum operasi pejabat-pejabat PG seperti dinyatakan dalam Notis di bawah. Bagaimana pun, locking harga masih boleh dilakukan walaupun pejabat PG tidak beroperasi sepanjang tempoh dinyatakan. Harap maklum! SE juga masih menerima tempahan pembelian emas, dinar dan perak jika anda ingin membeli. Teruskan menghubungi SE di talian 019-9830250.



    SE mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin! Turut tidak dilupakan, selamat menyambut Hari Kemerdekaan Negara kita. Semoga kita juga terus berusaha memerdekakan diri kita daripada jajahan ekonomi~ Selamat menyimpan!

    Tuesday, August 23, 2011

    Macam Mana Saya Nak Beli Emas?

    Baru sempat mengemaskini blog ini... syukur! Harga emas kini telah kembali mendaki dan sedang menguji tahap psikologi baru pada nilai USD1900 per oz troy. Dalam entry ini SE sekadar ingin berkongsi kaedah bagaimana anda boleh membeli emas dari Serikandi Emas. Sebenarnya di sebelah kanan blog SE ini sudah ada tatacaranya, cuma dalam entry ni diterangkan lebih sedikit~

    PERTAMA - lihat produk PG yang anda suka. Boleh lihat pada page "Produk" dalam blog ini. Untuk harganya, bolehlah semak pada jadual di sebelah kiri blog ini. Jadual harga tersebut di'update' setiap 20 minit.

    KEDUA - sms nama, no.k/p, emel, no.tel, produk diingini dan lokasi nak ambil barang ke nombor 019-9830250 atau 013-2352426. Lokasi pejabat PG untuk ambil emas anda juga boleh dirujuk dalam blog SE ini. Contohnya seperti ini:-

    sms (Ahmad Nisfu, 771723-01-5545, nisfu@gmail.com, 2 x 10gram emas + 1 x 100gram + 6 x 1dinar, akan ambil di PG Bandar Sunway) ke 019-9830250/013-2352426

    KETIGA - saya akan lock order anda sebaik menerima sms anda. Saya akan lock order anda mengikut harga semasa saya menerima sms anda tersebut.

    KEEMPAT - Pegawai Public Gold akan menghubungi anda melalui no telefon yang anda berikan pada SE tadi. Sahkan bahawa anda ada membuat pembelian. Selepas pengesahan dibuat, satu Purchase Order akan diemelkan kepada anda.

    Contoh Purchase Order PG. Perhatikan kotak-kotak merah!

    KELIMA - Buat bayaran mengikut jumlah dan ke akaun PG yang dinyatakan dalam Purchase Order. Boleh lihat seperti contoh dalam gambar di atas. Sila catatkan nombor belian anda dalam slip bayaran yang anda buat baik melalui kaunter, mesin deposit atau perbankan internet. Nombor belian tersebut adalah bukti anda telah buat bayaran kepada PG. 

    PERHATIAN! Buat masa ini, PG menerima bayaran tunai di Pejabat PG untuk belian bernilai tidak melebihi RM3000. Maknanya, jika anda beli emas kurang dari RM3000, boleh terus pergi ke Pejabat PG berkenaan beserta Purchase Order anda.

    Contoh bayaran melalui kaunter

    Contoh bayaran melalui perbankan internet


    Contoh bayaran melalui cash deposit

    KEENAM - Emelkan slip bayaran beserta catatan nombor belian tadi ke payment@publicgold.com.my atau faks ke 04-6464916

    KETUJUHSebelum anda pergi ke Branch untuk mengambil stok, sila hubungi Branch itu terlebih dahulu dan berikan kepada mereka no Purchase Order anda bagi memastikan Produk yang ingin diambil ada pada ketika itu.

    KELAPAN - Sila bawa bersama Slip Bayaran asal dan Purchase Order ketika mengambil stok, berikan kepada pegawai PG yang bertugas dan ambil stok anda.

    Anda bolehlah juga menghubungi SE di talian 019-9830250 atau 013-2352426 untuk membuat belian. Selamat menyimpan~

    Monday, August 15, 2011

    Alamak! Harga Emas Jatuh~ Nak buat apa ni?

    Seperti diduga, tindakan uncle Soros melambakkan kuantiti emas dalam pasaran membuatkan harga emas turun semenjak hari Khamis hinggalah market dibuka semula hari ini.

    Trend bearish semenjak Khamis. Carta dalam skala jam

    Sudah pasti wujud kerisauan di kalangan pemilik emas memandangkan harga yang telah mencecah RM190+ segram tiba-tba turun semula ke angka RM180+ segram. Tapi penurunan ini dilihat tidaklah sehingga mencecah nilai psikologi USD1700 per oz. Tapi tak mengapa... ambillah peluang ini untuk menambahkan koleksi emas anda sekiranya masih mempunyai wang untuk disimpan. Ia mungkin akan memberikan pulangan yang baik apabila harganya mula mendaki kelak. Sudah pasti harga emas PG lebih rendah pada masa ini memandangkan FGJAM tidak menurunkan cadangan harga emas untuk digunakan di kedai-kedai emas! Pada masa ini FGJAM menetapkan harga barang kemas emas 916 adalah pada RM190 segram di mana barang kemas emas 916 dari Public Jewellery dijual pada harga RM180.30 segram! Ambillah peluang dan lihatlah sisi positif keadaan ini.

    Setelah rancak mendaki, harga emas dilihat mula membuat reversal. Trend dalam skala harian.

    Seperti yang SE sering tekankan terdahulu bahawa emas adalah satu alat penyimpan kekayaan yang sangat baik sekiranya disimpan untuk jangka masa yang panjang. Oleh itu, usah risau tentang harga emas yang sedikit menurun beberapa ketika ini. Ingat dan fokus bahawa simpanan emas adalah untuk jangka masa panjang! Sejarah telah menunjukkan bagaimana emas sentiasa relevan untuk menyimpan kuasa beli anda~ Selamat Menyimpan!


    Emas masih menunjukkan trend menaik untuk jangka masa panjang!

    Wednesday, August 10, 2011

    TRIVIA ~ Anda Banding Anda Tentukan!

    Alhamdulillah semakin ramai yang bertanya SE tentang apakah perlunya kita menyimpan emas dan perak. SE suka berkongsi sedikit ilmu yang cetek ini bersama sesiapa yang mungkin memerlukannya lebih dari SE sendiri. Antara soklan feberet semakin dekat nak raya ni pulak berbunyi camni:

    "Public Gold ni ada jual barang kemas jugak ke? Kenapa pulak nak beli barang kemas dari Public Gold? Ada beza ke beli dari Public Gold dengan beli kat kedai emas je?"

    Secara jujur SE sukar nak jawab tapi SE bolehlah letak beberapa maklumat supaya pembaca boleh membuat pertimbangan sendiri. Information is power!

    (A) Pertama dari aspek harga

    Harga barang kemas yang dibeli dari kedai-kedai emas adalah berpandukan kepada harga yang telah ditetapkan oleh Federation of Goldsmiths and Jewellers Association of Malaysia (FGJAM). Pada hari ini (10/8/2011) SE ambil harga ini dari website FGJAM:-



    Ini adalah harga jongkong emas 999 PG 100gram  pada hari dan masa yang sama...


    RM18,681 / 100gram = RM186.81 segram

    ... dan harga sekeping 1 dinar emas PG (1 dinar = 4.25 gram, emas 916)

    RM773/4.25gram = RM181.88 segram

    ... ni pulak harga barang kemas Public Jewellery pada masa yang sama. Emas PG ni adalah berketulinan 916.

    boleh rujuk katalog barang kemas PG dari website www.publicjewellery.com.my


    Jadi para pembaca bolehlah bandingkan sendiri harga dari ketiga-tiga jadual di atas ye~


    (B) Kedua hari aspek upah tukang

    Secara lazimnya kedai emas akan mengenakan upah tukang untuk setiap barang kemas yang dibeli. Harga tukang ni berbeza-beza mengikut kedai dan boleh kebanyakan kedai emas akan adjust harga tukang ni kalau pembeli nak mintak diskaun. Kalau tak mintak diskaun, senyum lebar le tokey kan~ Di PG, semua barang kemas yang dijual TIDAK DIKENAKAN UPAH TUKANG! Dengan kata lain, pembeli hanya perlu membayar harga emas sahaja dan harga emas tersebut adalah mengikut pasaran semasa emas dunia.


    (C) Ketiganya dari aspek ketulenan keseluruhan barangan

    Yang ini memerlukan masa dan pengalaman anda. Macam SE dah ada pengalaman membeli barang kemas dari sebuah kedai emas dan bila disemak, barang kemas tersebut tidaklah berketulenan 916 dari hujung ke hujung. Ia dicampur-campur antara pangkal, tengah dan hujung. 

    Berdasarkan ketiga-tiga aspek di atas, pembaca mungkin dapat menilai sendirilah untuk mendapatkan barangan kemas anda dari kedai emas yang mana anda sukai! Sebab apapun, yang untung adalah anda kerana menyimpan emas~ Selamat Menyimpan!


    Monday, August 8, 2011

    Gunakan Dinar Untuk Kos Haji... Bagaimana?

    "Berapa kecil ye modal nak beli emas PG nih?"

    Itu adalah soalan yang kerap ditanya kepada SE. Untuk makluman, pada waktu ini PG menyediakan emas pelaburan paling kecil dalam bentuk 1 dinar iaitu emas berbentuk syiling dengan ketulinan 916 (22k) dengan berat 4.25 gram. Pada hari entri ini ditulis, harga sekeping 1 dinar adalah RM742. (Saya syorkan anda lihat harga 1 dinar di sebelah kiri laman ini sewaktu anda baca entry ni dan lihat berapa bezanya!) Kecil-kecil cili padi! Walaupun kecil, anda sebenarnya boleh menggunakannya untuk merancang perjalanan anda mengerjakan ibadah haji!

    1 Dinar PG ~ walaupun kecil, manfaatnya besar!


    Kos mengerjakan haji di negara kita diambil perhatian oleh Kerajaan. Jom kita lihat kos mengerjakan haji untuk beberapa tahun kebelakangan ini...

    Tahun 2002
    Kos Haji seorang - RM9000
    Harga 1 dinar - RM140
    Kos Haji dalam dinar - 9000/140 = 64.28 ~ 65 keping dinar


    Tahun 2003
    Kos Haji seorang - RM9000
    Harga 1 dinar - RM168
    Kos Haji dalam dinar - 9000/168 = 53.57 ~ 54 keping dinar

    Tahun 2004
    Kos Haji seorang - RM9000
    Harga 1 dinar - RM202
    Kos Haji dalam dinar - 9000/202 = 44.55 ~ 45 keping dinar

    Tahun 2009
    Kos Haji seorang - RM9800
    Harga 1 dinar - RM502
    Kos Haji dalam dinar - 9800/502 = 19.52 ~ 20 keping dinar

    Tahun 2011
    Kos Haji seorang - RM9980
    Harga 1 dinar - RM740
    Kos Haji dalam dinar - 9980/740 = 13.49 ~ 14 keping dinar

    Mengambil data di atas, kita dapat lihat walaupun kos haji dari tahun 2002 hingga 2011 adalah dalam lingkungan RM9000 - RM10000, tapi kita dapat lihat bagaimana jumlah keping dinar yang diperlukan adalah mengurang. Pengurangan kepingan dinar ini dilihat paling sedikit pada tahap hanya 12% setahun (ada antara tahun sehingga 30% pengurangan keping!). Kita akan ambil nilai 12 % ini untuk melihat bila agaknya kita boleh pergi menunaikan haji dengan simpanan dinar.

    Andaikan anda telah nampak kelebihan dinar dan emas ini, maka pada tahun 2011 (atau pada hari ini!) anda  terus membeli 10 keping dinar dan menyimpannya sahaja untuk menikmati kenaikan nilai (capital gain). Jom kita kira agaknya bila boleh pegi haji ni?

    2011 => 14 keping dinar
    2012 => 14 - 12% = 12.32 ~ 13 keping
    2013 => 13 - 12% = 11.4 ~ 12 keping
    2014 => 12 - 12% = 10.56 ~ 11 keping
    2015 => 11 - 12% = 9.68 ~ 10 keping

    So, jika anda membeli dinar sebanyak 10 keping pada tahun 2011 (atau hari ini dengan harga anggaran RM740 x 10 = RM7400 sahaja), anda sebenarnya akan bersedia dari segi kewangan untuk mengerjakan haji pada tahun 2015 dengan syarat cukup syaratnya dan kos mengerjakan haji tidak melonjak terlalu ketara.

    Apa lagi geng! Itu baru kita kira tentang sekeping 1 dinar. Bagaimana pula jika kita mengira dalam 5 dinar, 10 dinar atau jongkong? Mmmm..... apa lagi, tukarkan wang fiat simpanan anda kepada emas sekarang! Tukarkan semula kepada wang kertas apabila anda ingin menggunakan nilai wang tersebut untuk perbelanjaan. Selamat menyimpan!

    p/s: Pengiraan SE ini adalah berdasarkan dinar fizikal Public Dinar sahaja!



    PERHATIAN: Beli Emas Anda Segera! Harga Emas Mencatat Nilai Psikologi Baru di USD1700 Hari ini!

    Post SE sebelum ini ada menjangkakan paras harga emas dunia akan mencecah harga psikologi USD1700 per oz troy pada minggu hadapan (antara 17 - 19 Ogos 2011). Namun, emas telah mencatat nilai melebihi harga tersebut pada hari ini ! (8 Ogos 2011) iaitu pada hari Isnin yang merupakan hari pertama emas didagangkan semula selepas ia berhenti pada Sabtu dan Ahad lepas. 

    Carta pada nilai harian. Tiada siapa tahu setinggi mana harga ini boleh mencecah kecuali Allah

    SE tak bercadang nak tulis panjang dalam entry ini. Cukuplah memberikan peringatan kepada anda supaya mengambil tindakan sepantas mungkin untuk mengambil peluang dari kenaikan harga emas yang dilihat lebih pantas dari yang diramalkan. Ingin menyimpan? Hubungi SE seperti tertera di sebelah kiri website SE ini! Selamat Menyimpan~

    Thursday, August 4, 2011

    PERHATIAN:- Sila Miliki Emas Anda Sekarang!

    
    Harga dijangka mencecah USD1700 sedikit masa lagi! Anda masih tak mahu bertindak?
    
    Harga emas di pasaran dunia hari ini melonjak lagi melepasi paras tertinggi USD1670 per oz troy hari ini dirasakan ekoran faktor fundamental belian sejumlah 25 tan emas oleh Kerajaan Korea sebagai simpanan mereka. Nampaknya Korea telah mengambil keputusan strategik untuk melindungi nilai dan kuasa beli mereka dengan menyimpan emas! Satu kaedah tebatan konservatif tapi masih berkesan~

    Trend menaik ini dapat dilihat semenjak awal Julai tempoh hari ekoran krisis hutang di Amerika dan Eurozone yang masih dilihat belum mempunyai tanda-tanda akan pulih. Jika trend ini berterusan, berasaskan analisis teknikal SE yang masih cetek ini dijangka harga emas dunia mungkin akan mencecah tahap psikologi baru USD1700 akhir minggu hadapan bergantung kepada faktor-faktor fundamental yang mampu mempengaruhi penurunan harga emas.

    So apa lagi rakan-rakan sekalian. Walaupun harga emas dirasakan mahal pada hari ini, tak apa.... beli sedikit untuk dijadikan simpanan. Jika trend ini berterusan, anda akan memperoleh keuntungan daripada capital gain harga emas itu sendiri. Tiada ada yang dirugikan... tambahan lagi anda membeli emas, dinar dan perak Public Gold. Anda hanya perlu gunakan wang anda untuk ditukarkan dengan emas! Nilai anda tidak hilang, dan anda memiliki emas dan perak fizikal anda sendiri. Selepas itu, duduk dan lihat sahaja bagaimana emas ini bekerja untuk anda! Hubungi SE untuk mendapatkan emas dan perak anda sendiri sebelum harganya melambung lebih tinggi. Selamat Berpuasa!

    p/s: Terima kasih kepada Encik Shufaad atas ilmu analisis teknikal harga emas yang diberikan. Walaupun hanya ilmu asas, SE akan menggunakannya secara optimum insya Allah.

    Sunday, July 31, 2011

    Produk Baru PG ~ i-series

    Public Gold menambah lagi variasi produknya dengan memperkenalkan produk barang kemas i-series dengan ketulinan emas 916. Maklumat lengkap tentang i-series ini boleh didapati di laman web Public Dinar (boleh klik pada link di bawah website ini). Sehingga 31 Ogos 2011, yuran pengangkutan untuk belian barangan i-series ini adalah dikecualikan. So, apa lagi... bolehlah ambil peluang ini untuk tambah simpanan emas anda di samping untuk perayaan akan datang! Macam mana nak beli? Senang aja... hubungi saya seperti mana dinyatakan di ruangan sebelah kanan & kiri website ini.... Selamat Menyimpan!

    Promosi barangan i-series Public Gold

    Tuesday, July 26, 2011

    Bahaya Jika Anda Tunggu dan Lihat Dulu!

    "Nantilah dulu ye~ saya nak nengok dulu trend harga emas ni. Sikit masa lagi saya mula simpan"

    Itu antara respon klise yang SE terima apabila SE menyampaikan misi simpanan emas ini. SE pada mulanya juga mempunyai stigma yang sama seperti itu pada peringkat awal sebelum giat membuat simpanan emas ini. Iyalah... kita mesti mengambil pendekatan berhati-hati sebelum membuat perbelanjaankan. Satu sikap yang mesti kita amalkan.

    Namun, kita menghadapi masalah dengan emas dan perak dalam hal ini kerana trend harga kedua-dua logam ini terus-terusan melonjak tanpa menunggu atau menoleh kita di belakang. SE berikan contoh melalui trend harga emas yang SE ambil daripada perisian Meta Trader:-

    Trend harga emas dunia dilihat setiap 1 hari setiap candlestick

    Imej yang SE bawakan ini adalah harga emas dunia dalam USD per oz dari tempoh 24 Disember 2010 hingga hari ini (26 Julai 2011) dengan nilai setiap bar adalah 1 hari. Kita lihat dalam tempoh tersebut harga emas terus melonjak dari hari ke hari. Secara kasar dapat dilihat walaupun terdapat penurunan harga pada masa-masa tertentu tapi ia memperlihatkan trend menaik (bullish) berterusan.

    Ada antara anda yang mungkin terfikir apa yang akan terjadi dengan nilai emas anda pada masa harganya menurun sedikit seperti pada 27/1/2011, 24/3/2011, 27/4/2011dan 24/6/2011?

    Jawapan SE mudah sahaja~ seperti yang SE nyatakan terdahulu, kami mengajak anda untuk menyimpan emas untuk jangka masa panjang (dah namanya pun menyimpan!). Sama juga jika anda membuat tabungan  wang kertas, anda akan menyimpannya untuk jangka masa panjang bukan?

    Jika kita hanya melihat pergerakan emas mengikut kiraan setiap 1 hari seperti di atas, memanglah nampak turun naiknya yang ketara (itu pun trend keseluruhan masih menunjukkan peningkatan!). Namun jika kita lihat dengan kiraan 1 bulan seperti di bawah ini, apa yang anda akan dapati?

    Trend emas dalam kiraan 1 bulan setiap candlestick
    Untuk perkiraan jangka panjang (dalam kes ini carta dilihat dari tahun 1999 hingga hari ini), jelas menunjukkan trend menaik yang berterusan!

    Oleh itu, SE ingin ajak seramai mungkin pembaca untuk membeli emas hari ini juga. Walaupun harganya tinggi pada hari ini, ia akan menjadi lebih tinggi setahun akan datang, jika trend ini diambil kira. Jika anda ingin meneruskan tindakan tunggu dan lihat, SE sarankan anda membeli sedikit emas dan perak pada masa ini dan lihat sendiri bagaimana emas & perak anda bekerja menjana pendapatan untuk anda! 

    Jadi, adakah anda masih ingin terus tunggu dan lihat dulu? atau anda ingin beli dulu dan lihat kemudian? Saya serahkan kepada anda. Jika anda berminat ingin membeli emas & perak Public Gold atau ingin bersama SE menjadi pengedar, hubungi kami segera di 019-9830250 / 013-2352426! Selamat menyimpan!

    Sunday, July 24, 2011

    Mengapa Membuat Simpanan Emas?

    Mentaliti atau mindset adalah satu bentuk kaedah pemikiran yang boleh mempengaruhi tindakan seseorang. Rujukan SE mengenai Mentality/Mindset dari wikipedia mendapati ia bermaksud berikut :


    In decision theory and general systems theory, a mindset is a set of assumptions, methods or notations held by one or more people or groups of people which is so established that it creates a powerful incentive within these people or groups to continue to adopt or accept prior behaviors, choices, or tools
    SE amat tertarik dengan beberapa respon rakan apabila SE menyebut tentang simpanan atau pelaburan emas. Rata-rata akan menjawab "saya berminat tapi tidak ada duit la nak beli, tak mampu nak beli la sebab harga emas tinggi sangat la sekarang, berapa modal diperlukan untuk join main emas ni" dan lain-lain respon seangkatannya. Tidak dinafikan ramai yang berminat nak memulakan simpanan emas, dinar dan perak tapi memang masih tidak berkelapangan dari segi kewangan. Namun, ironinya terdapat juga beberapa rakan yang memberikan respon seperti tersebut di atas namun mempunyai jumlah simpanan yang besar dalam beberapa jenis amanah saham dan bank.

    Seperti yang SE nyatakan terdahulu, tujuan SE mengajak anda sekalian memiliki emas adalah pada dasarnya sebagai satu bentuk simpanan masa hadapan. Konsepnya serupa seperti menyimpan wang kertas di bank bagi pelbagai tujuan seperti simpanan tabung hari raya anak, pelajaran anak, ingin membeli perkakasan rumah, tabungan pergi haji dan sebagainya ~ yang disimpan di bank. Ini bermakna, SE mengajak anda sekalian membuat tabungan atau simpanan, tetapi simpanan tersebut dibuat dalam bentuk menyimpan emas berbanding wang kertas.


    Menyimpan Emas - Bagaimana Mindset Anda?

    Inilah yang SE maksudkan mindset atau mentaliti tadi~ ia bukan suatu yang mudah untuk diubah walaupun ia sebenarnya sesuatu yang telah biasa anda lakukan namun melalui alternatif yang berbeza. Sama seperti mendapatkan rawatan... kepada mereka yang mempunyai mindset mendahulukan perubatan konvensional, sudah pasti berkira-kira apabila dicadangkan untuk menjalani rawatan alternatif... walaupun kedua-duanya adalah berubat. Sama juga dalam hal tabungan ini, memang ada antara mereka yang berkira-kira untuk membuat tabungan berbentuk emas dan perak sebagai alternatif wang kertas sedangkan kedua-duanya adalah untuk tujuan menabung. Jelas?

    Tapi SE memahami dan menghormati pandangan atau mindset semua pihak. Cuma di kesempatan ini, SE ingin kongsikan mengapa SE bertindak memulakan simpanan  secara majoritinya dalam bentuk emas berbanding wang kertas...

    (1) Emas diiktiraf sebagai satu barang yang berharga tanpa mengira sempadan geografi dan masa. Emas adalah berharga sejak zaman Qarun lagi dan anda juga pastinya bersetuju bahawa emas adalah berharga pada hari ini. Namun, bagi wang kertas, ia hanya laku berdasarkan masa dan geografi tertentu.Contohnya wang pisang zaman Jepun tidak lagi terpakai pada masa ini. Begitu juga Ringgit Malaysia tidak laku diperdagangkan di Australia selagi anda tidak convert RM kepada Dollar mereka.

    (2) Emas pada pandangan SE adalah anugerah tuhan kepada manusia yang berfungsi sebagai nilai kewangan semulajadi dan fitrah. Ia tidak boleh dimusnahkan, tidak berkarat dan tidak hilang nilai walaupun terpotong. Sekiranya RM1 digunting kepada 2 bahagian, adakah setiap satu bahagian akan bernilai 50sen?

    (3) Emas mempunyai nilai yang terpelihara. Ini kerana emas adalah sukar untuk ditemui dan tidak boleh dicipta. Sebagai contoh, seekor kambing pada zaman Rasulullah bernilai 1 dinar, dan pada hari ini iaitu pada tahun 2011, seekor kambing bernilai lebih kurang RM700 seekor iaitu bersamaan nilai 1 dinar juga! Ia bermaksud, emas tidak terkesan dengan inflasi. Jika berbanding wang kertas, adakah nilai barangan RM10 pada tahun 2000 adalah sama dengan nilai barangan RM10 pada tahun 2011?

    (4) Emas juga mempunyai nilai yang tinggi. Sebagai contoh, 1 dinar adalah bernilai RM700 pada hari ini. Wang RM700 jika disediakan dan disimpan dalam seluar, sudah pasti kembung seluar anda. Tapi jika anda mempunyai sekeping 1 dinar yang saiznya hanya sebesar 1 sen Malaysia, adakah anda rasa sesiapa perasan anda mempunyai seketul logam bernilai RM700?

    Itu antara sebab asas yang boleh dikongsi tentang sebab SE mula menyimpan emas. Ada lagi beberapa sebab yang agak sensitif untuk SE kongsikan dalam forum terbuka ini. Selain dari itu, banyak artikel dalam internet dan buku boleh anda rujuk untuk membuat perbandingan antara emas dan wang kertas/wang fiat ini.

    Saya tidak mengatakan bahawa anda tidak perlu membawa wang kertas kerana sememangnya ia diperlukan untuk tujuan urusniaga dan jual beli. Namun, SE percaya bahawa wang kertas hanya berfungsi sebagai alat pertukaran untuk berurusniaga dan bukannya sebagai satu alat yang sesuai jika bertujuan untuk disimpan untuk satu jangkamasa yang lama. Sekiranya anda ingin menabung, anda wajar membuat tabungan dalam bentuk aset seperti emas dan perak. Sekiranya anda ingin menggunakan wang untuk berurusan, maka tukarkan aset anda tersebut dalam bentuk wang kertas. Dengan kata lain, gunakan wang untuk membeli dan gunakan emas dan perak untuk menyimpan. Jelas?

    OK~ sebagai contoh, jika anda menyimpan RM500 sebulan untuk dijadikan muka membeli kenderaan dalam tempoh 2 tahun akan datang, anda akan mempunyai wang kertas sebanyak RM12 ribu menjelang 2 tahun akan datang. Selepas cukup 2 tahun, berapakah jumlah wang kertas simpanan anda tersebut? Sudah pasti ia bernilai RM12 ribu.... Cuba bayangkan anda membeli emas setiap kali cukup wangnya (sebagai contoh membeli 1 dinar setiap 2 bulan), anda akan ada 12 keping dinar menjelang 2 tahun tersebut. Jika nilai belian dinar pertama dan kedua anda adalah RM700, adakah ia akan masih bernilai RM700 selepas 2 tahun tersebut, jika senario sekarang diambil kira? Sudah pasti nilainya akan bertambah! Dan apabila telah cukup 2 tahun tersebut, jual semua 12 keping dinar anda itu dan saya rasa nilainya sudah pasti melebihi dari RM12ribu pada masa tersebut.

    Tepuk dada dan tanyalah selera. Saya hanya mengajak anda membuat SIMPANAN dan TABUNGAN emas dan perak terlebih dahulu. Andalah yang menentukan masa depan anda sendiri. Saya telah memulakannya, dan anda mungkin boleh memulakannya juga~ Semoga perkongsian SE ini dapat memberikan pandangan di sisi yang lain terhadap mindset anda berkenaan membuat simpanan dalam bentuk emas dan perak.

    Sekiranya anda ingin memulakan  simpanan emas dan perak anda~ hubungi kami seperti dinyatakan diruangan di laman web ini. Selamat Menyimpan!

    Saturday, July 23, 2011

    Buat Pinjaman Untuk Beli Emas... Wajarkah?

    SE telah pun mula ditanya oleh rakan-rakan dan para pembaca tentang kewajaran membuat loan semata-mata untuk membeli emas sebagai simpanan masa hadapan. SE pada awalnya juga ragu-ragu terhadap perkara ini namun SE rasa wujud keuntungannya juga. Ini selepas SE membaca entry oleh sifu SE saudara MD Faizan dalam www.pelaburjutawan.com. SE qoute artikel tersebut untuk tatapan dan pertimbangan anda sekalian... 

    Hasil daripada pemerhatian saya sepanjang bergiat dalam bidang perniagaan emas ini, ramai yang bertanyakan soalan seperti ini kepada saya. Jawapan saya semestinya "Berbaloi!!"


    Saya dedahkan rahsianya kepada anda... 
    TEKNIK BELI & SIMPAN
    Adakah anda pernah menyesal dan memikirkan risiko kerugian yang bakal dihadapi apabila anda berhutang utntuk membeli sesuatu yang susut nilai seperti kereta, TV, sofa, peti ais dll...? Mungkin anda tidak terlalu bimbang akan risiko kerugiannya kerana anda dapat memanfaatkan kemudahannya dalam kehidupan seharian. 

    Tetapi mengapa anda terlalu bimbang untuk berhutang bagi tujuan pembelian sesuatu yang meningkat nilainya seperti emas? Bukankah pemahaman anda berkenaan pengurusan kewangan dan risiko sudah terbalik? 

    Saya berikan contoh, anda berhutang RM 100,000 daripada bank dan kesemuanya anda gunakan untuk membeli emas bagi tujuan pelaburan. Ambil kira purata kenaikan emas tahunan sekitar 25%, hanya selama 4 tahun sahaja anda telah menggandakan wang RM 100k itu tadi. Nah, anda dah boleh jualkan sebahagiannya, dan bayar semula pinjaman RM 100k yang anda gunakan sebagai modal tadi. Kini anda telah memiliki sejumlah emas bernilai RM 100k secara percuma!! 

    Jika tempoh masa kenaikan harga emas agak perlahan sekalipun ataupun istilahnya 'Worst Case Scenario', mungkin purata kenaikannya hanya sekitar 15% setahun, anda hanya memerlukan tempoh masa selama 7 tahun untuk menggandakan nilainya!! Jika anda membuat loan ASB sebanyak RM 100k selama 20 tahun, jumlah bayaran bulanannya adalah lebih kurang sama dengan jumlah bayaran untuk Personal Loan sebanyak RM 100k bagi tempoh 20 tahun.Tetapi boleh kah pelaburan di ASB menggandakan modal asal anda dalam tempoh masa 4-7 tahun shj?

    Jika anda menggunakan dividen tahunan untuk bayaran bulanan pada tahun-tahun berikutnya, bermakna anda hanya akan mendapat RM100k selepas tempoh matang selama 20 tahun itu. Cuba anda tukarkan konsep itu dengan membuat Personal Loan dan membeli emas, dalam jangkamasa 20 tahun agak-agak berapa kilo emas yang dapat anda kumpulkan? 

    Mengapa saya menasihatkan Personal Loan selama 20 tahun? Walaupun interestnya agak tinggi, tetapi bayaran bulanannya adalah rendah, dan kita perlu mengambil kira sekiranya berlaku keadaan 'Worst Case Scenario', maka kita tidak akan terbeban untuk meneruskan bayaran bulanan untuk jangkamasa beberapa tahun lagi, itulah rasionalnya!! Jangan dirisaukan tahun yang panjang kerana anda telah merancang untuk menyelesaikannya dalam jangkamasa yang lebih awal.Jangan dibimbangi akan kadar interest yang tinggi, kerana kadar yang tinggi hanya akan dirasai dalam jangkamasa yang panjang dan ia juga agak berbaloi untuk membayar interest yang agak tinggi sedikit bagi jangkamasa 20 tahun kerana kesannya anda dapat membuat backup plan untuk pelaburan anda sekiranya berlaku situasi diluar jangkaan.

    TEKNIK LEVERAGING & COMPOUNDING 


    Katakan pula jika anda menggunakan konsep Leveraging & Compounding mengikut perkiraan berikut :

    1- Beli emas RM 100k, pajak dapat RM70k
    2- Beli lagi emas RM 70k, pajak dapat RM49k

    Cukup sampai setakat itu sahaja, baki di tangan RM 49k standby untuk bayaran upah simpan selama 4 tahun (Jika kadar upah 0.6%). 

    Jadi sekarang nilai emas anda adalah sebanyak RM 170k dan anggarkan dalam "Worst Case Scenario", iaitu kenaikan tahunan hanya 15% sahaja.

    Tahun 1 - RM 170,000 x 15% = RM 25,500 (Nilai emas anda telah menjadi RM 195,500)
    Tahun 2 - RM 195,500 x 15% = RM 29,325 (Nilai emas anda telah menjadi RM 224,825)
    Tahun 3 - RM 224,825 x 15% = RM 33,723 (Nilai emas anda telah menjadi RM 258,548)
    Tahun 4 - RM 258,548 x 15% = RM 38,782 (Nilai emas anda telah menjadi RM 297,330)

    Cari pembeli dan jualkan emas anda sekadar untuk menebus semua emas dengan membayar semula pinjaman sebanyak RM 119,000 dari Ar-Rahnu (RM 70,000 + RM 49,000). 

    Setelah anda membayar semula RM 119,000 kepada Ar-Rahnu, kini nilai bersih emas di tangan anda ialah sebanyak RM 178,330.00!!!!

    Untuk langkah seterusnya anda boleh pilih samaada :

    a) Pajakkan semula dan gunakan tunai hasil pajakan itu untuk menjelaskan pinjaman modal RM 100k kepada bank.

    ---->> Kelebihannya - anda masih mempunyai emas bernilai RM 178,330.00
    ---->> Kekurangannya - anda perlu merancang semula bagaimana mahu membayar upah simpan

    b) Jualkan emas yang bernilai RM 100k dan jelaskan kesemua hutang modal anda kepada bank.

    ---->> Kelebihannya - anda mempunyai aset emas bersih bernilai RM 78,330.00 secara percuma.
    ---->> Kekurangannya - anda kehilangan peluang menggandakan nilai pelaburan anda kepada jumlah yang    lebih besar.

    Jika dikira secara logik, 15% x 4 tahun = 60%, jadi sepatutnya pada tahun ke-4 nilai emas anda hanyalah RM 160,000.00 sahaja.

    Tapi jika anda mengurusnya secara bijak menggunakan konsep Leveraging & Compounding, % pulangan yang anda perolehi pada tahun ke-4 mencecah 197.33%, sekaligus menjadikan nilai pelaburan anda pada ketika itu menjadi RM 297,330.00!!!

    Ini hanya dalam tempoh 4 tahun dan pengiraannya adalah berdasarkan keadaan "Worst Case Scenario", bagaimana jika dalam keadaan "Good Market Scenario" seperti keadaan sekarang ini?

    Agak2 berapa profit margin selama tempoh 4 tahun itu?

    Saya fikir anda sendiri boleh mempertimbangkan sama ada berbaloi atau tidak jika membuat pinjaman untuk pelaburan emas fizikal!!



    Berbaloikah Membuat Pinjaman Untuk Beli Emas? - Part 2


    Alhamdulillah,

    Memandangkan begitu banyak pertanyaan mengenai topik ini, dan saya lihat di antara posting2 saya yang hit juga adalah masih mengenai persoalan yang sama, jadi saya ingin berkongsi lebih info berkenaan topik ini. Semoga dengan topik di bahagian 2 ini dapat menjawab semua persoalan.

    1- Jika saya ditanya dengan soalan seperti ini, dengan segera saya akan menjawab "Amat berbaloi2.." tetapi soalan seterusnya pula diajukan iaitu "bagaimana cara untuk membayar semula pinjaman itu?".

    2- Pada saya amat mudah, apabila saya membuat pinjaman untuk membeli sesuatu aset, yang mana kita semua faham bahawa aset adalah sesuatu yang memberikan pulangan seterusnya tambahan pendapatan kepada kita, maka sudah tentulah hasil daripada aset itu yang akan digunakan untuk membayar semula pinjaman tadi.

    3- Jika saya meminjam untuk membeli rumah dan disewakan, hasil dari sewaan tadi yang akan saya gunakan untuk membayar semula pinjaman dan dalam masa yang sama lebihan wang selepas ditolak bayaran pinjaman adalah tambahan pendapatan kepada saya. Tetapi bagaimana dengan Gold? ianya tidak memberikan pulangan berbentuk Aliran Tunai?

    4- Mudah saja, walaupun ianya tidak memberi pulangan dalam bentuk Cashflow, tetapi ianya meningkat dari segi nilainya ataupun disebut sebagai pulangan dalam bentuk Capital Gain. Jadi, untuk membayar pinjaman setiap bulan, jualkan saja beberapa keping emas yang dibeli tadi dan gunakan tunai daripadanya untuk membayar semula ansuran bulanan tadi.

    5- Perhatikan graf harga emas dibawah :


    Katakan pada bulan Januari 2009 (Permulaan Graf Ini) saya membuat pinjaman sebanyak RM40,000 untuk tempoh selama 20 tahun dengan bayaran RM400 sebulan. Saya gunakan kesemua wang pinjaman itu untuk membeli Dinar. Pada ketika itu harga bagi 1 Dinar sekitar RM450, bermakna saya boleh membeli 88 keping Dinar.

    Setiap bulan, saya akan menjual sekeping Dinar, dan wang hasil jualan itu saya akan gunakan kesemuanya untuk membuat bayaran balik pinjaman. Dengan kenaikan harga Emas, walaupun saya tetap menjual 1 keping Dinar setiap bulan, tetapi amaun bayaran balik pinjaman yang saya jelaskan semakin bertambah dan lebih tinggi berbanding amaun yang sepatutnya dijelaskan, sebagai contoh ketika permulaan dulu saya jual 1 keping Dinar dapat RM400, tetapi sekarang ini saya jual 1 keping Dinar dapat RM650, dan amaun itu terus meningkat dari semasa ke semasa!!

    Ini menjadikan pinjaman tadi boleh diselesaikan dalam masa tidak sampai 20 tahun disamping saya masih mempunyai emas yang berbaki dalam simpanan saya. Bermakna, emas yang saya ada ini diperolehi secara percuma!!

    6- Nampak tak kesannya? Inilah yang menjadikan Emas sebagai satu senjata yang mampu meruntuhkan sistem ekonomi Kapitalis. Inilah caranya untuk kita memanipulasi sistem kewangan Kapitalis untuk kepentingan dan kekayaan kita setelah sekian lama mereka memanipulasi hasil titik peluh kita demi kekayaan mereka.

    7- Tapi jangan pula kita menyerahkan wang kita untuk dimanipulasi oleh mereka. Hari ni ramai saya jumpa orang yang sentiasa mengeluh kerana Inflasi, kerana kehilangan kuasa beli dan kadar interest semakin tinggi, hakikatnya mereka sendiri yang menyokong sistem ini dengan cara menyerahkan (menyimpan di Bank) wang hasil titik peluh mereka untuk digunakan oleh pihak bank secara percuma!! Lebih malang lagi, apabila mereka pula perlu meminjam wang yang disimpan tadi dari pihak bank dan dikenakan kadar interest yang amat tinggi!"]

    Jadi, SE pulangkan kepada anda untuk membuat pertimbangan mengenai persoalan ini. Diharap artikel ini dapat memberikan jawapan yang anda cari selama ini. SE merujuk kepada www.pelaburjutawan.com memandangkan latarbelakang admin website tersebut mempunyai kepakaran berkaitan urusniaga dan terbukti beliau juga telah berjaya. Beliau telah berjaya menggandakan aset beliau dari RM100k kepada lebih kurang RM1juta dalam tempoh 9 bulan sahaja! Tepuk dada tanyalah selera~ Selamat Menyimpan... hubungi kami sekarang!

    SELAMAT DATANG KE DOMAIN BARU KAMI!

    Terima kasih kerana sudi mengunjungi website kami. Kesudian anda melayari website ini amatlah dihargai. Semoga website ini akan terus mendapat perhatian anda sebagai wadah untuk mendapatkan informasi tentang kepentingan menyimpan emas dan perak. Dalam website ini, kami tambahkan elemen harga PG live 24 jam sebagai kemudahan anda untuk membuat perancangan membeli dan menyimpan emas & perak untuk kemudahan di kemudian hari. Teruslah melayari website kami!