"Nantilah dulu ye~ saya nak nengok dulu trend harga emas ni. Sikit masa lagi saya mula simpan"
Itu antara respon klise yang SE terima apabila SE menyampaikan misi simpanan emas ini. SE pada mulanya juga mempunyai stigma yang sama seperti itu pada peringkat awal sebelum giat membuat simpanan emas ini. Iyalah... kita mesti mengambil pendekatan berhati-hati sebelum membuat perbelanjaankan. Satu sikap yang mesti kita amalkan.
Namun, kita menghadapi masalah dengan emas dan perak dalam hal ini kerana trend harga kedua-dua logam ini terus-terusan melonjak tanpa menunggu atau menoleh kita di belakang. SE berikan contoh melalui trend harga emas yang SE ambil daripada perisian Meta Trader:-
![]() |
| Trend harga emas dunia dilihat setiap 1 hari setiap candlestick |
Imej yang SE bawakan ini adalah harga emas dunia dalam USD per oz dari tempoh 24 Disember 2010 hingga hari ini (26 Julai 2011) dengan nilai setiap bar adalah 1 hari. Kita lihat dalam tempoh tersebut harga emas terus melonjak dari hari ke hari. Secara kasar dapat dilihat walaupun terdapat penurunan harga pada masa-masa tertentu tapi ia memperlihatkan trend menaik (bullish) berterusan.
Ada antara anda yang mungkin terfikir apa yang akan terjadi dengan nilai emas anda pada masa harganya menurun sedikit seperti pada 27/1/2011, 24/3/2011, 27/4/2011dan 24/6/2011?
Jawapan SE mudah sahaja~ seperti yang SE nyatakan terdahulu, kami mengajak anda untuk menyimpan emas untuk jangka masa panjang (dah namanya pun menyimpan!). Sama juga jika anda membuat tabungan wang kertas, anda akan menyimpannya untuk jangka masa panjang bukan?
Jika kita hanya melihat pergerakan emas mengikut kiraan setiap 1 hari seperti di atas, memanglah nampak turun naiknya yang ketara (itu pun trend keseluruhan masih menunjukkan peningkatan!). Namun jika kita lihat dengan kiraan 1 bulan seperti di bawah ini, apa yang anda akan dapati?
Jika kita hanya melihat pergerakan emas mengikut kiraan setiap 1 hari seperti di atas, memanglah nampak turun naiknya yang ketara (itu pun trend keseluruhan masih menunjukkan peningkatan!). Namun jika kita lihat dengan kiraan 1 bulan seperti di bawah ini, apa yang anda akan dapati?
![]() |
| Trend emas dalam kiraan 1 bulan setiap candlestick |
Untuk perkiraan jangka panjang (dalam kes ini carta dilihat dari tahun 1999 hingga hari ini), jelas menunjukkan trend menaik yang berterusan!
Oleh itu, SE ingin ajak seramai mungkin pembaca untuk membeli emas hari ini juga. Walaupun harganya tinggi pada hari ini, ia akan menjadi lebih tinggi setahun akan datang, jika trend ini diambil kira. Jika anda ingin meneruskan tindakan tunggu dan lihat, SE sarankan anda membeli sedikit emas dan perak pada masa ini dan lihat sendiri bagaimana emas & perak anda bekerja menjana pendapatan untuk anda!


No comments:
Post a Comment