Sunday, July 24, 2011

Mengapa Membuat Simpanan Emas?

Mentaliti atau mindset adalah satu bentuk kaedah pemikiran yang boleh mempengaruhi tindakan seseorang. Rujukan SE mengenai Mentality/Mindset dari wikipedia mendapati ia bermaksud berikut :


In decision theory and general systems theory, a mindset is a set of assumptions, methods or notations held by one or more people or groups of people which is so established that it creates a powerful incentive within these people or groups to continue to adopt or accept prior behaviors, choices, or tools
SE amat tertarik dengan beberapa respon rakan apabila SE menyebut tentang simpanan atau pelaburan emas. Rata-rata akan menjawab "saya berminat tapi tidak ada duit la nak beli, tak mampu nak beli la sebab harga emas tinggi sangat la sekarang, berapa modal diperlukan untuk join main emas ni" dan lain-lain respon seangkatannya. Tidak dinafikan ramai yang berminat nak memulakan simpanan emas, dinar dan perak tapi memang masih tidak berkelapangan dari segi kewangan. Namun, ironinya terdapat juga beberapa rakan yang memberikan respon seperti tersebut di atas namun mempunyai jumlah simpanan yang besar dalam beberapa jenis amanah saham dan bank.

Seperti yang SE nyatakan terdahulu, tujuan SE mengajak anda sekalian memiliki emas adalah pada dasarnya sebagai satu bentuk simpanan masa hadapan. Konsepnya serupa seperti menyimpan wang kertas di bank bagi pelbagai tujuan seperti simpanan tabung hari raya anak, pelajaran anak, ingin membeli perkakasan rumah, tabungan pergi haji dan sebagainya ~ yang disimpan di bank. Ini bermakna, SE mengajak anda sekalian membuat tabungan atau simpanan, tetapi simpanan tersebut dibuat dalam bentuk menyimpan emas berbanding wang kertas.


Menyimpan Emas - Bagaimana Mindset Anda?

Inilah yang SE maksudkan mindset atau mentaliti tadi~ ia bukan suatu yang mudah untuk diubah walaupun ia sebenarnya sesuatu yang telah biasa anda lakukan namun melalui alternatif yang berbeza. Sama seperti mendapatkan rawatan... kepada mereka yang mempunyai mindset mendahulukan perubatan konvensional, sudah pasti berkira-kira apabila dicadangkan untuk menjalani rawatan alternatif... walaupun kedua-duanya adalah berubat. Sama juga dalam hal tabungan ini, memang ada antara mereka yang berkira-kira untuk membuat tabungan berbentuk emas dan perak sebagai alternatif wang kertas sedangkan kedua-duanya adalah untuk tujuan menabung. Jelas?

Tapi SE memahami dan menghormati pandangan atau mindset semua pihak. Cuma di kesempatan ini, SE ingin kongsikan mengapa SE bertindak memulakan simpanan  secara majoritinya dalam bentuk emas berbanding wang kertas...

(1) Emas diiktiraf sebagai satu barang yang berharga tanpa mengira sempadan geografi dan masa. Emas adalah berharga sejak zaman Qarun lagi dan anda juga pastinya bersetuju bahawa emas adalah berharga pada hari ini. Namun, bagi wang kertas, ia hanya laku berdasarkan masa dan geografi tertentu.Contohnya wang pisang zaman Jepun tidak lagi terpakai pada masa ini. Begitu juga Ringgit Malaysia tidak laku diperdagangkan di Australia selagi anda tidak convert RM kepada Dollar mereka.

(2) Emas pada pandangan SE adalah anugerah tuhan kepada manusia yang berfungsi sebagai nilai kewangan semulajadi dan fitrah. Ia tidak boleh dimusnahkan, tidak berkarat dan tidak hilang nilai walaupun terpotong. Sekiranya RM1 digunting kepada 2 bahagian, adakah setiap satu bahagian akan bernilai 50sen?

(3) Emas mempunyai nilai yang terpelihara. Ini kerana emas adalah sukar untuk ditemui dan tidak boleh dicipta. Sebagai contoh, seekor kambing pada zaman Rasulullah bernilai 1 dinar, dan pada hari ini iaitu pada tahun 2011, seekor kambing bernilai lebih kurang RM700 seekor iaitu bersamaan nilai 1 dinar juga! Ia bermaksud, emas tidak terkesan dengan inflasi. Jika berbanding wang kertas, adakah nilai barangan RM10 pada tahun 2000 adalah sama dengan nilai barangan RM10 pada tahun 2011?

(4) Emas juga mempunyai nilai yang tinggi. Sebagai contoh, 1 dinar adalah bernilai RM700 pada hari ini. Wang RM700 jika disediakan dan disimpan dalam seluar, sudah pasti kembung seluar anda. Tapi jika anda mempunyai sekeping 1 dinar yang saiznya hanya sebesar 1 sen Malaysia, adakah anda rasa sesiapa perasan anda mempunyai seketul logam bernilai RM700?

Itu antara sebab asas yang boleh dikongsi tentang sebab SE mula menyimpan emas. Ada lagi beberapa sebab yang agak sensitif untuk SE kongsikan dalam forum terbuka ini. Selain dari itu, banyak artikel dalam internet dan buku boleh anda rujuk untuk membuat perbandingan antara emas dan wang kertas/wang fiat ini.

Saya tidak mengatakan bahawa anda tidak perlu membawa wang kertas kerana sememangnya ia diperlukan untuk tujuan urusniaga dan jual beli. Namun, SE percaya bahawa wang kertas hanya berfungsi sebagai alat pertukaran untuk berurusniaga dan bukannya sebagai satu alat yang sesuai jika bertujuan untuk disimpan untuk satu jangkamasa yang lama. Sekiranya anda ingin menabung, anda wajar membuat tabungan dalam bentuk aset seperti emas dan perak. Sekiranya anda ingin menggunakan wang untuk berurusan, maka tukarkan aset anda tersebut dalam bentuk wang kertas. Dengan kata lain, gunakan wang untuk membeli dan gunakan emas dan perak untuk menyimpan. Jelas?

OK~ sebagai contoh, jika anda menyimpan RM500 sebulan untuk dijadikan muka membeli kenderaan dalam tempoh 2 tahun akan datang, anda akan mempunyai wang kertas sebanyak RM12 ribu menjelang 2 tahun akan datang. Selepas cukup 2 tahun, berapakah jumlah wang kertas simpanan anda tersebut? Sudah pasti ia bernilai RM12 ribu.... Cuba bayangkan anda membeli emas setiap kali cukup wangnya (sebagai contoh membeli 1 dinar setiap 2 bulan), anda akan ada 12 keping dinar menjelang 2 tahun tersebut. Jika nilai belian dinar pertama dan kedua anda adalah RM700, adakah ia akan masih bernilai RM700 selepas 2 tahun tersebut, jika senario sekarang diambil kira? Sudah pasti nilainya akan bertambah! Dan apabila telah cukup 2 tahun tersebut, jual semua 12 keping dinar anda itu dan saya rasa nilainya sudah pasti melebihi dari RM12ribu pada masa tersebut.

Tepuk dada dan tanyalah selera. Saya hanya mengajak anda membuat SIMPANAN dan TABUNGAN emas dan perak terlebih dahulu. Andalah yang menentukan masa depan anda sendiri. Saya telah memulakannya, dan anda mungkin boleh memulakannya juga~ Semoga perkongsian SE ini dapat memberikan pandangan di sisi yang lain terhadap mindset anda berkenaan membuat simpanan dalam bentuk emas dan perak.

Sekiranya anda ingin memulakan  simpanan emas dan perak anda~ hubungi kami seperti dinyatakan diruangan di laman web ini. Selamat Menyimpan!

2 comments:

  1. Replies
    1. Duit boleh laku kerana kerajaan dan masyarakat setempat memberi nilai kepada wang tersebut. Sbg contoh, wang kertas RM1000 sekarang sudah tak laku lagi walaupun kita menyimpannya. Kenapa? Sebab kerajaan & masyarakat telah 'bersepakat' tidak memberi nilai kepadanya. Tapi ia berbeza kepada emas~ sejak beribu tahun lepas, masih tiada satu kerajaan atau masyarakat pun yang tak mengiktiraf emas sebagai bernilai.

      Delete