Saturday, December 22, 2012

Membeli kini lebih mudah dengan website Public Gold

Salam buat semua! Hari ni nak share bagaimana anda boleh buat belian emas & perak melalui website Public Gold. Untuk makluman, website ini adalah platform belian dan jualan semula produk Public Gold pada harga semasa. Diakhir proses anda masih perlu ke pejabat PG pilihan anda untuk mengambil atau menghantar emas & perak PG yang hendak anda jual! Ikut sahaja langkah-langkah mudah berikut. Anda juga boleh capai website tersebut dengan klik di address ini http://www.publicgold.com.my/referral/PG010518/140171



















Wednesday, December 19, 2012

Peluang "Meningkatkan" Ilmu Anda (Opportunity to "Upgrade" Your Knowledge)

"Fibonaci Retracement", "Support and Resistance Level"?, "Stop Loss"?, "TAKE PROFIT"?~ pernah dengar tentang ini? Ingin tahu dan nak tahu bagaimana benda-benda ini boleh bantu anda menambah pendapatan anda? Kini peluangnya tiba... anda boleh berguru secara direct dengan seorang trader dan penulis blog Melakafx, Sifu Shufaad...


Pakej belajar trading ini disediakan untuk 2 hari... Anda boleh belajar secara 1-to-1 atau secara kumpulan  . Yuran adalah kompetitive! So, jangan berlengah lagi... sms nama, lokasi & email anda ke 019-9830250 untuk saya emailkan brosure lengkap pakej ini. So, anda bolehlah fikir-fikirkan! Selamat menambah ilmu!

Tuesday, December 18, 2012

As Good As Gold

Hi readers~ sorry for let this site idle for more than half a year. As long as you and me do not let gold not be part of your financial portfolio, its good enough! :) As for now, let's have a look at gold price trend so far, and what opportunity do we have...


This is a daily chart on gold price. The two blue parallel line are trend line which indicate the expected price movement. The above is resistance level and the below known as support level. It is to be noted that for the last 4 days, the gold price was moving below the support line based on few fundamental news especially lingering around the US economy.

What that supposed to mean? As for me, it has been 4 "opportunity" days for us to buy gold as it reaches the  support line before it bounces back towards the higher price. The market's sentiment is still bias to uncertainty by virtue of near dojis for the last 2 days and the trend seems to continue today.

Regardless of chart or technical note above, buying and saving gold is still considered as safe haven for a long run. In short, just buy it and wait until you reach your objective in gold saving to sell it back to the market. In this sense, your knowledge in determining genuine and true business is important. Invest also in gaining knowledge to save your portfolio. As for me, I choose Public Gold to buy and sell my gold. You want to know why? Contact us A.S.K. Profit Minds at 019-9830250 or 013-2352426  

   

Wednesday, May 9, 2012

It's on support!

Jom ambil peluang untuk buat belian emas anda. Harga emas dunia telah pun mencecah USD1592 per oz pada hari ini. Jika kita lihat pada graf pergerakan harga emas, ia kini telah menyentuh garisan sokongan (support). Jika anda ambil peluang ini, insya Allah keuntungan yang lebih besar akan dijana pada masa hadapan apabila anda berjaya menjualnya semula pada garisan pertengahan ataupun pada garisan resistence.

Harga emas pada TF W1
Ambil peluang ini sekarang! Jika anda berminat untuk mendapatkan maklumat tentang simpanan dan pelaburan emas, bolehlah hubungi kami di 013-2352426 (Tiey) atau 019-9830250 (Azlan). The time is clicking~

Thursday, May 3, 2012

Simpanlah~

Apa kabar semua? Adakah anda telah ambil tindakan memulakan simpanan emas anda minggu ini sempena kejatuhan harga emas dunia. Kepada yang telah ambil tindakan Serikandi Emas (SE) ucapkan tahniah. Kepada yang masih berkira-kira untuk bermula, teruskan pencarian anda. 

Warren Buffet menyatakan bahawa modal terbaik adalah yang dikumpul melalui simpanan sendiri. Jadi, SE ingin berkongsi sedikit cerapan dari beberapa sumber tentang menyimpan. Mungkin anda bosan dengan tajuk ini memandangkan ia telah pun diajar kepada kita dari sekolah tadika lagi tetapi berapa ramai antara kita yang telah mengamalkannya secara tekun sejak ilmu tersebut diajar kepada kita? 

Di samping itu, buku "The Richest Man in Babylon" menjadikan elemen menyimpan sebagai teras kejayaan pengurusan kewangan peribadi. Peraturan Emas "Simpan 10% dari setiap apa yang anda perolehi" dan Peraturan Emas "Bayar diri anda sebelum membayar yang lain" dalam buku tersebut SE rasakan amat ringkas untuk difahami tetapi memerlukan hati yang besar untuk dilaksanakan. 


Percayalah --> cabaran membuat simpanan bukanlah satu perkara baru dan ia akan terus menghantui anda sekiranya anda tidak mengambil tindakan "tutup mata" dan terus mencuba kedua-dua peraturan dalam buku tersebut. Namun, AWAS --> tindakan tersebut perlu disertakan dengan satu tindakan lain iaitu menstruktur semula perbelanjaan anda (SE mungkin akan sentuh perkara ini dalam entry lain). 

Contoh? SE rasa perkara ini amat jelas namun SE sertakan juga di sini. Jika pendapatan bulanan anda RM500 sebulan, pastikan TANPA GAGAL anda menyimpan RM50 sebulan juga. Nampak mudah bukan? Tapi cabarannya besar juga seperti (1) ada kecenderungan anda akan culas bulan ini dengan harapan anda akan ketepikan RM100 bulan kedua (2) tak dapat nak simpan la sebab biasanya belanja lebih RM500... 

Cadangan Penyelesaian? Mmm.... bolehlah disarankan (terpulanglah anda nak ikut atau tidak):-

(1) RM50 tersebut dimasukkan ke dalam satu akaun lain (disarankan akaun tanpa Kad ATM) pada hari yang sama anda terima pendapatan anda. Jangan tunggu hingga hari kedua! Kenapa Akaun Tanpa Kad ATM? SE rasa anda tahu jawapannya. 

(2) Duduk dan wujudkan bajet belanja bulanan anda. Pastikan perbelanjaan bulanan anda tidak melebihi RM450 sebulan. DIULANGI.... pastikan tidak lebih RM450! Jika lebih~ sudah pasti rancangan ini tidak berjaya. Wujudkan tabiat rekodkan perbelanjaan anda berdasarkan bajet tadi. Sedangkan sebuah negara yang besar memerlukan bajet untuk mengurus kewangan mereka, mengapa tidak anda bukan? Pastikan bajet anda adalah rasional.

(3) Struktur semula hutang dan liabiliti anda. Cuba semak interest rate perjanjian sewa beli rumah atau kereta anda & kira jika ia berbaloi untuk tukar kepada perjanjian dengan interest rate yang lebih rendah. Pelan Broadband, Pelan siaran TV, Pelan line telefon bimbit anda boleh dinilai semula bagi memastikan ia adalah ditahap terbaik dengan misi RM450 anda! Secara ringkasnya, di sinilah kebijaksanaan anda menentukan keperluan dan kehendak dituntut.

(4) Gunakan wang simpanan RM50 sebulan anda tersebut untuk membeli sesuatu yang turut boleh menjana wang pasif kepada anda. Dalam kes ini, anda akan dapat RM600 dari simpanan tersebut dalam tempoh setahun. Dalam tempoh setahun setengah, kaedah ini mungkin membolehkan anda membuat simpanan emas pertama anda dengan membeli sekeping 1 dinar. Anda simpan dinar tersebut dan mungkin anda tahu apakah nilainya 5 tahun akan datang.... Selain emas, mungkin bentuk simpanan lain boleh menjadi alternatif anda tetapi apa yang penting ia mesti mampu menjana wang pasif untuk anda.

Apa yang SE sampaikan ini adalah pengalaman kami sendiri dan mungkin hasilnya berbeza dengan orang lain. Mungkin ada faktor-faktor lain yang SE tak perasan yang mungkin membantu menjadikan kaedah ini sebagai satu kaedah simpanan yang berjaya.

So, mudah bukan? Yang penting adalah DISIPLIN, FOKUS, SABAR dan ISTIQAMAH. Jika selama ini kita merasakan pendapatan kita tidak cukup untuk memulakan simpanan, mengapa tidak kita mencabar diri kita dan cari jalan bagaimana ia boleh dicukupkan... Selamat mencoba! Jika anda ingin membeli emas & perak Public Gold bolehlah hubungi kami di 013-2352426 / 019-9830250.

Wednesday, March 7, 2012

Promo! Produk Terbaru Public Gold~

Didoakan semua pembaca dalam keadaan terbaik hendaknya. Entry hari ini pendek sahaja. SE hanya nak perkenalkan 2 produk terkini Public Gold iaitu jongkong emas 999.9 seberat 500gram dan syiling dinar emas 916 dalam dinominator 2 dinar seberat 8.5gram.

Memperkenalkan 2 produk terbaru Public Gold!
Memandangkan harga emas sedang berada pada harga yang dirasakan rendah pada ketika ini, jom dapatkan produk-produk terbaru tersebut untuk simpanan jangka panjang anda. Hubungi kami di talian 019-9830250 atau 013-2352426.

Selamat menyimpan!

Tuesday, February 28, 2012

Pertukaran Harga Emas USD ke RM

Salam semua~ Dalam beberapa entry terdahulu SE ada sebut nilai emas tapi dalam Dolar Amerika (USD). Ada yang nak tahu nilainya tu kalau dalam Ringgit Malaysia tu berapa ye? Secara rumusnya, kalau nak kira harga emas segram dalam RM dinilai dari hari emas se'auns troy' adalah seperti berikut:

(Harga Emas 1Oz USD x Exchange Rate) / 31.1 gram

1 oz troy tu adalah seberat 31.1 gram. Sebab tu kena bahagi 31.1 untuk tahu harga emas segram. Sebagai contoh, jika dinyatakan harga emas semasa dunia semasa entry ini ditulis adalah dalam lingkingan USD1767 oz/troy. Itu bermakna harga emas segram dalam RM pada waktu entry ditulis adalah lebih kurang RM 171.25 segram (USD1767 x 3.0140 / 31.1 gram.).

Sumber : Laman Web PG @ 28/2/2012

Bila anda tahu anggaran tu, senang la nak bandingkan harga emas ni. Contohnya, harga PG dlm lingkungan RM194.90 segram (jika PG Goldbar 10gram adalah RM1949). Maknanya PG amik untung dalam RM20 segram.

Sumber : Laman web FGJAM @ 28/2/2012

Jika bandingkan dengan harga emas 999 yang dikeluarkan oleh FGJAM, harga emas segram adalah RM205. So, keuntungan mereka adalah lebih kurang RM33/gram.

Oh ya, nilai tukaran matawang tu boleh rujuk dari laman web Bank Negara Malaysia seperti contoh di bawah ni....

Sumber : Laman web Bank Negara Malaysia @28/2/2012

Berbekalkan ilmu, anda mungkin dapat membuat pertimbangan yang lebih baik dan memberikan nilai yang lebih buat wang anda. Selamat menyimpan! Jika anda nak mula menyimpan emas & perak, bolehlah hubungi kami segera!

Wednesday, February 22, 2012

Nak Beli Kereta Dengan Berjimat? Tunai atau Hutang?

SE berborak dengan seseorang malam ni. Beliau kata yang beliau ada wang tunai RM30000 dan setiap bulan buat simpanan sebanyak RM400. Beliau tanyakan pandangan peribadi SE adakah wajar jika beliau gunakan wang tunai sebanyak RM30000 tu untuk beli kereta MPV terpakai secara tunai dan dalam masa yang sama beliau akan cuba disiplinkan diri untuk buat tabungan RM400 tersebut selama 5 tahun untuk tambah simpanan beliau. SE nyatakan yang semua keputusan adalah 100% bergantung kepada beliau tapi SE beri satu cadangan sebagai alternatif untuk beliau. Cadangan SE lebih kurang begini la~


Pertama - tentukan apa tujuan membeli kenderaan tersebut dan adakah kenderaan itu akan menjana pendapatan tambahan lebih dari RM400 sebulan untuk anda? Jika tidak, SE cadangkan beli aje kereta baru tanpa muka dengan bayaran bulanan tidak lebih RM400. Yang penting ia dapat memenuhi fungsinya sebagai kenderaan. Cuba target untuk bayar selama 5 tahun memandangkan skim begini biasanya kena ikat kenderaan tersebut selama 9 tahun.

Kedua - dalam masa yang sama, beli emas gunakan tunai RM30000 tu semua dan simpan selama 5 tahun.

Ketiga - cuba kita buat kira-kira kasar. Bayaran kereta 5 tahun (RM400 x 12 x 5) adalah RM24000. Kalau kenderaan yang kita nak beli tu harganya RM30000, rasa-rasa baki yang tinggal tu ada tak dalam RM20000? Saya rasa mungkin kurang banyak lagi tuh~

Keempat - prestasi emas berbolak balik setiap hari tapi dilihat stabil antara 20% - 27% setahun. Ambil worse  case scenario, emas dianggar naik 15% sahaja setahun. So emas yang dibeli sebanyak RM30000 tu akan bernilai dalam anggaran RM52000 selepas 5 tahun!

Kelima - jual semua emas anda dan bayar semua baki RM20000. So, tunai di tangan anda ada lagi RM32000.

Keenam - ambil kira juga RM24000 yang telah anda bayar selama 5 tahun (RM400 x 12 bulan x 5 tahun) tadi. Anda masih ada tunai sebanyak RM8000 di tangan anda!

Nah~ selepas 5 tahun, anda telah berjaya mendapatkan kenderaan bernilai RM30000 hanya dengan RM22000 sahaja (Nilai wang tunai asal sbyk RM30000 - baki semasa di tangan RM8000 = RM22000 telah dibelanjakan)... Di tambah pula dengan nilai-nilai yang dianggarkan adalah anggaran terendah yang SE boleh bayangkan. Mungkin beliau dapat membeli kenderaan tersebut dengan lebih murah lagi DAN YANG PENTING adalah beliau dapat kereta baru (biasanya kereta baru ni kurang sikit kos maintainence) + selesai dibayar dalam tempoh 5 tahun sahaja! (faham-faham la bila kereta dah berusia 5 tahun dan lebih ni).

Apa pun, ini hanyalah pandangan peribadi SE semata-mata. Mungkin tujuan dan keperluan seseorang berbeza maka keputusan yang diambil pastinya berbeza. Tiada satu penyelesaian yang sesuai untuk semua keperluan. Semoga beliau memperoleh pulangan nilai terbaik untuk wang yang akan dibelanjakannya.... Selamat menyimpan!   

Tuesday, February 21, 2012

Resistance Test @ USD1750 Untuk Kali Ke-5!

Pada lebih kurang jam 10.00 malam hari ini, sekali lagi resistance level USD1750 diuji buat kali kelima semenjak  28 Oktober 2011 yang lalu. Pada TF D1 dapat dilihat trend pasaran emas dunia berada ke arah menaik (bullish) bermula 30 Disember 2011 yang lepas. Momentum market juga dilihat sedang mengukuh untuk terus menaik berdasarkan petunjuk RSI. Jika paras ini berjaya ditembusi dengan kukuh, wujud kemungkinan harga emas akan mencecah paras USD1780. Namun, jika paras ini terus kukuh, harga dijangka boleh menjunam sehingga paras psikologi USD1700 semula (dan ini menghampiri garis fibo 61.8).


Trend Harga Emas dunia pada TF D1
So, kepada yang dah membeli emas sebelum ini, mungkin boleh bersabar dan menunggu harganya terus melonjak bagi membolehkan anda menikmati kenaikan harga. Bagi yang belum beli, anda bolehlah membeli sekarang atau menunggu (dan berdoa paras USD1750 terus kukuh... heheheh) harga jatuh semula. Apa pun, selamat menyimpan untuk anda semua!

p/s: Ini hanyalah pandangan peribadi penulis semata-mata dan ketepatannya adalah berdasarkan andaian penulis semata-mata. Keputusan menyimpan atau melabur adalah hak anda 100%!

Saturday, February 4, 2012

Saya Nak Beli Emas & Perak PG Tapi Tak Tahu Caranya

Anda berminat nak beli emas & perak Public Gold? Mudah je~ follow kaedah ini mengikut urutan berikut:

1 - Lihat harga emas & perak dari laman web rasmi Public Gold di www.publicgold.com.my

2 - SMS nama, no. kad pengenalan, emel, alamat, no.telefon dan produk yang nak dibeli berserta kuantitinya ke 019-9830250 atau 013-2352426. Contohnya seperti ini:

taip (Abu Bakar Embong, 771777-07-7177, abe@gmail.com, No.10, Jalan Embong 25000 Kuantan Pahang, 2 x 10 gram goldbar + 1 x 5dinar + 1 x 250gram Silver) dan hantar ke 019-9830250 atau 013-2352426  

3 - Saya akan bantu anda lock barangan anda ke dalam sistem pesanan Public Gold. 

4 - Anda akan terima Purchase Order (P.O) melalui emel anda. Buat bayaran ke dalam akaun PG yang dinyatakan dalam tempoh 3 hari dari tarikh  P.O. tersebut. Simpan bukti pembayaran baik melalui kaunter, CDM atau internet banking.

5 - Pergi ke Pejabat Public Gold berhampiran anda. Bawa salinan P.O. dan slip bayaran yang telah anda buat dan serahkan kepada pegawai PG yang bertugas. Tanyakan sama ada anda boleh dapat emas anda pada hari yang sama atau perlu menunggu untuk beberapa hari lagi. 

Mudah saje kan? Hubungi saya jika anda ingin mengetahui lebih lanjut cara nak beli emas & perak Public Gold ni. Saya cuba membantu anda semampu boleh. Selamat menyimpan! 

Sunday, January 22, 2012

BERHATI-HATI SEBELUM MELABUR!

Salam semua~ bagi rakan-rakan kaum Cina "Gong Xi Fa Cai" diucapkan. Semoga tahun naga ini akan terus menyediakan kemakmuran. 

Selalunya blog SE ini akan berkongsi tentang kepentingan dan kelebihan membuat pelaburan emas dan perak sebagai pengukuh kewangan kita di masa hadapan. Ada yang telah mengambil tindakan dan ada yang masih mengambil sikap berhati-hati. Alhamdulillah... Sememangnya naluri untuk menjana pendapatan yang lebih itu ada dalam diri setiap insan dan sudah pastinya usaha perlu dilakukan bagi mencapai target tersebut. Namun, kita perlu berhati-hati dalam usaha yang akan kita ambil bagi memastikan kita tidak tersilap langkah lantas menyebabkan kita mengalami kesan yang bertentangan daripada apa yang kita hajatkan.

Bagi anda yang telah dan ingin membuat sebarang pelaburan (termasuklah emas & perak), sikap berhati-hati juga perlu sentiasa dipupuk. Untuk makluman, di Malaysia ini Suruhanjaya Sekuriti (dikenali sebagai SC) telah dilantik oleh Kerajaan sejak 1993 untuk antara lain melindungi para pelabur dari tertipu oleh Syarikat-syarikat yang mungkin beroperasi tanpa keizinan  SC. Jika SC telah menyenaraikan syarikat tersebut dalam senarai syarikat yang tidak diiktiraf, SE rasa ada wajarnya anda membuat penilaian sematangnya sama ada untuk terus melaburkan wang anda ke dalam syarikat tersebut atau tidak. Oleh itu, adalah disarankan supaya anda menyemak status syarikat atau orang yang akan anda laburkan wang kepadanya itu terlebih dahulu di laman web Suruhanjaya Sekuriti (boleh klik disini).

Website Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Ok~ rasanya mesej dari SE kali ini telah jelas disampaikan kepada anda. Pastikan anda mempunyai ilmu sebelum membuat sebarang keputusan MELABUR atau sebagai kesannya mungkin anda hanya akan end up MELEBUR wang anda!

Bagi SE sendiri telah menyemak dengan Suruhanjaya Sekuriti ini tentang Public Gold dan alhamdulillah nama syarikat tersebut tidak tersenarai sebagai salah satu syarikat yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Jika anda ingin membuat pelaburan emas & perak fizikal bersama saya bolehlah hubungi Serikandi Emas melalui contact number di sebelah kiri blog ini. Selamat menyimpan!

Tuesday, January 10, 2012

Don't Be Sad~ its a long time investment!

Salam tahun baru! Semoga anda sentiasa gembira dengan apa yang anda lakukan. Sebagai pembeli emas, mungkin hampir tiada berita gembira setakat 10 hari pertama di awal tahun 2012 ni. Namun, harga emas yang kini dilihat kukuh didagangkan di atas nilai USD1600 per ounce troy mungkin sedikit sebanyak memberi kegembiraan kepada anda!

Sebagai pelabur dalam emas ni, saya sentiasa tekankan bahawa anda perlu melihat ia sebagai pelaburan jangka panjang. Mungkin rasa sedikit cemas bila harga berada sekitar USD1500 beberapa minggu lepas, tapi kini ia dilihat kukuh di atas USD1600. Merujuk kepada satu tulisan dari Casey Daily Dispatch, penelitian mereka mendapati sejarah menunjukkan bahawa semakin tinggi nilai kejatuhan tersebut, semakin panjang masa yang diperlukan untuk emas mendapat nilai tertinggi sebelum kejatuhan tersebut. 

Sebagai contoh, pada tahun 2008, harga emas menjunam sebanyak 29.5% dan ia mengambil masa 74 minggu 5 hari untuk kembali ke nilai tertinggi terdahulu. Pada tahun 2006, kejatuhan emas sebanyak 22.6% memerlukan 68 minggu 1 hari sebelum mencapai nilai tertinggi terdahulu dan pada 2003, kejatuhan sebanyak 16.2% mengambil masa 29 minggu 4 hari sebelum mencecah dan melepasi harga tertinggi terdahulu. Apa yang berlaku baru-baru ini, nilai harga emas dianggarkan jatuh sebanyak 19.2%. Jika sejarah dijadikan panduan, harga emas mungkin akan melepasi harga tertinggi terdahulu antara 29 - 68 minggu di hadapan. Apa pun, faktor-faktor ekonomi semasa akan turut menjadi penentu terhadap harga emas memandangkan emas adalah perfect competition market.

Lama sangat nak tunggu? Erm.... ada jugak kebenarannya. Namun, sekali lagi saya ingatkan bahawa pelaburan emas memerlukan fokus jangka panjang untuk memelihara nilai wang anda. Sekiranya teori di atas berlaku, harga emas akan melepasi harga tertingginya dalam tempoh 68 minggu akan datang, anda pasti tidak menyesal dengan pembelian anda pada hari ini kerana selepas setahun lebih, anda tidak mungkin dapat membeli emas pada harga yang anda beli pada hari ini.

Lesson learn? Sebagai pelabur emas, tiada istilah waktu sesuai untuk membeli emas. Belilah dan simpanlah emas semasa anda mempunyai wang lebih untuk disimpan. Selepas tempohnya masak, terpulanglah kepada anda untuk menjualnya semula dengan harga yang pada waktu itu pastinya lebih tinggi dari masa anda membelinya. Biarkan market membantu menjana wang anda. Ini juga dianggap bijak oleh Robert Kiyosaki dan Donald Trump kerana anda menggunakan usaha orang lain untuk menjana pendapatan kepada anda! 

Apa nak buat sekarang? Kalau anda ingin bersama-sama saya melabur dalam emas dan perak, hubungi saya segera di talian seperti dinyatakan di bahagian kiri blos ini. Saya akan bantu anda selanjutnya. Selamat menyimpan~