Sunday, January 22, 2012

BERHATI-HATI SEBELUM MELABUR!

Salam semua~ bagi rakan-rakan kaum Cina "Gong Xi Fa Cai" diucapkan. Semoga tahun naga ini akan terus menyediakan kemakmuran. 

Selalunya blog SE ini akan berkongsi tentang kepentingan dan kelebihan membuat pelaburan emas dan perak sebagai pengukuh kewangan kita di masa hadapan. Ada yang telah mengambil tindakan dan ada yang masih mengambil sikap berhati-hati. Alhamdulillah... Sememangnya naluri untuk menjana pendapatan yang lebih itu ada dalam diri setiap insan dan sudah pastinya usaha perlu dilakukan bagi mencapai target tersebut. Namun, kita perlu berhati-hati dalam usaha yang akan kita ambil bagi memastikan kita tidak tersilap langkah lantas menyebabkan kita mengalami kesan yang bertentangan daripada apa yang kita hajatkan.

Bagi anda yang telah dan ingin membuat sebarang pelaburan (termasuklah emas & perak), sikap berhati-hati juga perlu sentiasa dipupuk. Untuk makluman, di Malaysia ini Suruhanjaya Sekuriti (dikenali sebagai SC) telah dilantik oleh Kerajaan sejak 1993 untuk antara lain melindungi para pelabur dari tertipu oleh Syarikat-syarikat yang mungkin beroperasi tanpa keizinan  SC. Jika SC telah menyenaraikan syarikat tersebut dalam senarai syarikat yang tidak diiktiraf, SE rasa ada wajarnya anda membuat penilaian sematangnya sama ada untuk terus melaburkan wang anda ke dalam syarikat tersebut atau tidak. Oleh itu, adalah disarankan supaya anda menyemak status syarikat atau orang yang akan anda laburkan wang kepadanya itu terlebih dahulu di laman web Suruhanjaya Sekuriti (boleh klik disini).

Website Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Ok~ rasanya mesej dari SE kali ini telah jelas disampaikan kepada anda. Pastikan anda mempunyai ilmu sebelum membuat sebarang keputusan MELABUR atau sebagai kesannya mungkin anda hanya akan end up MELEBUR wang anda!

Bagi SE sendiri telah menyemak dengan Suruhanjaya Sekuriti ini tentang Public Gold dan alhamdulillah nama syarikat tersebut tidak tersenarai sebagai salah satu syarikat yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Jika anda ingin membuat pelaburan emas & perak fizikal bersama saya bolehlah hubungi Serikandi Emas melalui contact number di sebelah kiri blog ini. Selamat menyimpan!

2 comments:

  1. Huhu . thanks share . walaupun sy tak tahu lagi pasal sume ni . hee :'D

    ReplyDelete
    Replies
    1. U're welcome! Sekadar peringatan untuk semua~ sebab ramai yang mengeluh bila dah terkena & wang dah habis dilabur... Semoga ia bermanfaat untuk kita semua~

      p/s: Berminat untuk simpan emas & perak?

      Delete