Tuesday, January 10, 2012

Don't Be Sad~ its a long time investment!

Salam tahun baru! Semoga anda sentiasa gembira dengan apa yang anda lakukan. Sebagai pembeli emas, mungkin hampir tiada berita gembira setakat 10 hari pertama di awal tahun 2012 ni. Namun, harga emas yang kini dilihat kukuh didagangkan di atas nilai USD1600 per ounce troy mungkin sedikit sebanyak memberi kegembiraan kepada anda!

Sebagai pelabur dalam emas ni, saya sentiasa tekankan bahawa anda perlu melihat ia sebagai pelaburan jangka panjang. Mungkin rasa sedikit cemas bila harga berada sekitar USD1500 beberapa minggu lepas, tapi kini ia dilihat kukuh di atas USD1600. Merujuk kepada satu tulisan dari Casey Daily Dispatch, penelitian mereka mendapati sejarah menunjukkan bahawa semakin tinggi nilai kejatuhan tersebut, semakin panjang masa yang diperlukan untuk emas mendapat nilai tertinggi sebelum kejatuhan tersebut. 

Sebagai contoh, pada tahun 2008, harga emas menjunam sebanyak 29.5% dan ia mengambil masa 74 minggu 5 hari untuk kembali ke nilai tertinggi terdahulu. Pada tahun 2006, kejatuhan emas sebanyak 22.6% memerlukan 68 minggu 1 hari sebelum mencapai nilai tertinggi terdahulu dan pada 2003, kejatuhan sebanyak 16.2% mengambil masa 29 minggu 4 hari sebelum mencecah dan melepasi harga tertinggi terdahulu. Apa yang berlaku baru-baru ini, nilai harga emas dianggarkan jatuh sebanyak 19.2%. Jika sejarah dijadikan panduan, harga emas mungkin akan melepasi harga tertinggi terdahulu antara 29 - 68 minggu di hadapan. Apa pun, faktor-faktor ekonomi semasa akan turut menjadi penentu terhadap harga emas memandangkan emas adalah perfect competition market.

Lama sangat nak tunggu? Erm.... ada jugak kebenarannya. Namun, sekali lagi saya ingatkan bahawa pelaburan emas memerlukan fokus jangka panjang untuk memelihara nilai wang anda. Sekiranya teori di atas berlaku, harga emas akan melepasi harga tertingginya dalam tempoh 68 minggu akan datang, anda pasti tidak menyesal dengan pembelian anda pada hari ini kerana selepas setahun lebih, anda tidak mungkin dapat membeli emas pada harga yang anda beli pada hari ini.

Lesson learn? Sebagai pelabur emas, tiada istilah waktu sesuai untuk membeli emas. Belilah dan simpanlah emas semasa anda mempunyai wang lebih untuk disimpan. Selepas tempohnya masak, terpulanglah kepada anda untuk menjualnya semula dengan harga yang pada waktu itu pastinya lebih tinggi dari masa anda membelinya. Biarkan market membantu menjana wang anda. Ini juga dianggap bijak oleh Robert Kiyosaki dan Donald Trump kerana anda menggunakan usaha orang lain untuk menjana pendapatan kepada anda! 

Apa nak buat sekarang? Kalau anda ingin bersama-sama saya melabur dalam emas dan perak, hubungi saya segera di talian seperti dinyatakan di bahagian kiri blos ini. Saya akan bantu anda selanjutnya. Selamat menyimpan~

No comments:

Post a Comment