Tuesday, February 28, 2012

Pertukaran Harga Emas USD ke RM

Salam semua~ Dalam beberapa entry terdahulu SE ada sebut nilai emas tapi dalam Dolar Amerika (USD). Ada yang nak tahu nilainya tu kalau dalam Ringgit Malaysia tu berapa ye? Secara rumusnya, kalau nak kira harga emas segram dalam RM dinilai dari hari emas se'auns troy' adalah seperti berikut:

(Harga Emas 1Oz USD x Exchange Rate) / 31.1 gram

1 oz troy tu adalah seberat 31.1 gram. Sebab tu kena bahagi 31.1 untuk tahu harga emas segram. Sebagai contoh, jika dinyatakan harga emas semasa dunia semasa entry ini ditulis adalah dalam lingkingan USD1767 oz/troy. Itu bermakna harga emas segram dalam RM pada waktu entry ditulis adalah lebih kurang RM 171.25 segram (USD1767 x 3.0140 / 31.1 gram.).

Sumber : Laman Web PG @ 28/2/2012

Bila anda tahu anggaran tu, senang la nak bandingkan harga emas ni. Contohnya, harga PG dlm lingkungan RM194.90 segram (jika PG Goldbar 10gram adalah RM1949). Maknanya PG amik untung dalam RM20 segram.

Sumber : Laman web FGJAM @ 28/2/2012

Jika bandingkan dengan harga emas 999 yang dikeluarkan oleh FGJAM, harga emas segram adalah RM205. So, keuntungan mereka adalah lebih kurang RM33/gram.

Oh ya, nilai tukaran matawang tu boleh rujuk dari laman web Bank Negara Malaysia seperti contoh di bawah ni....

Sumber : Laman web Bank Negara Malaysia @28/2/2012

Berbekalkan ilmu, anda mungkin dapat membuat pertimbangan yang lebih baik dan memberikan nilai yang lebih buat wang anda. Selamat menyimpan! Jika anda nak mula menyimpan emas & perak, bolehlah hubungi kami segera!

Wednesday, February 22, 2012

Nak Beli Kereta Dengan Berjimat? Tunai atau Hutang?

SE berborak dengan seseorang malam ni. Beliau kata yang beliau ada wang tunai RM30000 dan setiap bulan buat simpanan sebanyak RM400. Beliau tanyakan pandangan peribadi SE adakah wajar jika beliau gunakan wang tunai sebanyak RM30000 tu untuk beli kereta MPV terpakai secara tunai dan dalam masa yang sama beliau akan cuba disiplinkan diri untuk buat tabungan RM400 tersebut selama 5 tahun untuk tambah simpanan beliau. SE nyatakan yang semua keputusan adalah 100% bergantung kepada beliau tapi SE beri satu cadangan sebagai alternatif untuk beliau. Cadangan SE lebih kurang begini la~


Pertama - tentukan apa tujuan membeli kenderaan tersebut dan adakah kenderaan itu akan menjana pendapatan tambahan lebih dari RM400 sebulan untuk anda? Jika tidak, SE cadangkan beli aje kereta baru tanpa muka dengan bayaran bulanan tidak lebih RM400. Yang penting ia dapat memenuhi fungsinya sebagai kenderaan. Cuba target untuk bayar selama 5 tahun memandangkan skim begini biasanya kena ikat kenderaan tersebut selama 9 tahun.

Kedua - dalam masa yang sama, beli emas gunakan tunai RM30000 tu semua dan simpan selama 5 tahun.

Ketiga - cuba kita buat kira-kira kasar. Bayaran kereta 5 tahun (RM400 x 12 x 5) adalah RM24000. Kalau kenderaan yang kita nak beli tu harganya RM30000, rasa-rasa baki yang tinggal tu ada tak dalam RM20000? Saya rasa mungkin kurang banyak lagi tuh~

Keempat - prestasi emas berbolak balik setiap hari tapi dilihat stabil antara 20% - 27% setahun. Ambil worse  case scenario, emas dianggar naik 15% sahaja setahun. So emas yang dibeli sebanyak RM30000 tu akan bernilai dalam anggaran RM52000 selepas 5 tahun!

Kelima - jual semua emas anda dan bayar semua baki RM20000. So, tunai di tangan anda ada lagi RM32000.

Keenam - ambil kira juga RM24000 yang telah anda bayar selama 5 tahun (RM400 x 12 bulan x 5 tahun) tadi. Anda masih ada tunai sebanyak RM8000 di tangan anda!

Nah~ selepas 5 tahun, anda telah berjaya mendapatkan kenderaan bernilai RM30000 hanya dengan RM22000 sahaja (Nilai wang tunai asal sbyk RM30000 - baki semasa di tangan RM8000 = RM22000 telah dibelanjakan)... Di tambah pula dengan nilai-nilai yang dianggarkan adalah anggaran terendah yang SE boleh bayangkan. Mungkin beliau dapat membeli kenderaan tersebut dengan lebih murah lagi DAN YANG PENTING adalah beliau dapat kereta baru (biasanya kereta baru ni kurang sikit kos maintainence) + selesai dibayar dalam tempoh 5 tahun sahaja! (faham-faham la bila kereta dah berusia 5 tahun dan lebih ni).

Apa pun, ini hanyalah pandangan peribadi SE semata-mata. Mungkin tujuan dan keperluan seseorang berbeza maka keputusan yang diambil pastinya berbeza. Tiada satu penyelesaian yang sesuai untuk semua keperluan. Semoga beliau memperoleh pulangan nilai terbaik untuk wang yang akan dibelanjakannya.... Selamat menyimpan!   

Tuesday, February 21, 2012

Resistance Test @ USD1750 Untuk Kali Ke-5!

Pada lebih kurang jam 10.00 malam hari ini, sekali lagi resistance level USD1750 diuji buat kali kelima semenjak  28 Oktober 2011 yang lalu. Pada TF D1 dapat dilihat trend pasaran emas dunia berada ke arah menaik (bullish) bermula 30 Disember 2011 yang lepas. Momentum market juga dilihat sedang mengukuh untuk terus menaik berdasarkan petunjuk RSI. Jika paras ini berjaya ditembusi dengan kukuh, wujud kemungkinan harga emas akan mencecah paras USD1780. Namun, jika paras ini terus kukuh, harga dijangka boleh menjunam sehingga paras psikologi USD1700 semula (dan ini menghampiri garis fibo 61.8).


Trend Harga Emas dunia pada TF D1
So, kepada yang dah membeli emas sebelum ini, mungkin boleh bersabar dan menunggu harganya terus melonjak bagi membolehkan anda menikmati kenaikan harga. Bagi yang belum beli, anda bolehlah membeli sekarang atau menunggu (dan berdoa paras USD1750 terus kukuh... heheheh) harga jatuh semula. Apa pun, selamat menyimpan untuk anda semua!

p/s: Ini hanyalah pandangan peribadi penulis semata-mata dan ketepatannya adalah berdasarkan andaian penulis semata-mata. Keputusan menyimpan atau melabur adalah hak anda 100%!

Saturday, February 4, 2012

Saya Nak Beli Emas & Perak PG Tapi Tak Tahu Caranya

Anda berminat nak beli emas & perak Public Gold? Mudah je~ follow kaedah ini mengikut urutan berikut:

1 - Lihat harga emas & perak dari laman web rasmi Public Gold di www.publicgold.com.my

2 - SMS nama, no. kad pengenalan, emel, alamat, no.telefon dan produk yang nak dibeli berserta kuantitinya ke 019-9830250 atau 013-2352426. Contohnya seperti ini:

taip (Abu Bakar Embong, 771777-07-7177, abe@gmail.com, No.10, Jalan Embong 25000 Kuantan Pahang, 2 x 10 gram goldbar + 1 x 5dinar + 1 x 250gram Silver) dan hantar ke 019-9830250 atau 013-2352426  

3 - Saya akan bantu anda lock barangan anda ke dalam sistem pesanan Public Gold. 

4 - Anda akan terima Purchase Order (P.O) melalui emel anda. Buat bayaran ke dalam akaun PG yang dinyatakan dalam tempoh 3 hari dari tarikh  P.O. tersebut. Simpan bukti pembayaran baik melalui kaunter, CDM atau internet banking.

5 - Pergi ke Pejabat Public Gold berhampiran anda. Bawa salinan P.O. dan slip bayaran yang telah anda buat dan serahkan kepada pegawai PG yang bertugas. Tanyakan sama ada anda boleh dapat emas anda pada hari yang sama atau perlu menunggu untuk beberapa hari lagi. 

Mudah saje kan? Hubungi saya jika anda ingin mengetahui lebih lanjut cara nak beli emas & perak Public Gold ni. Saya cuba membantu anda semampu boleh. Selamat menyimpan!