Wednesday, February 22, 2012

Nak Beli Kereta Dengan Berjimat? Tunai atau Hutang?

SE berborak dengan seseorang malam ni. Beliau kata yang beliau ada wang tunai RM30000 dan setiap bulan buat simpanan sebanyak RM400. Beliau tanyakan pandangan peribadi SE adakah wajar jika beliau gunakan wang tunai sebanyak RM30000 tu untuk beli kereta MPV terpakai secara tunai dan dalam masa yang sama beliau akan cuba disiplinkan diri untuk buat tabungan RM400 tersebut selama 5 tahun untuk tambah simpanan beliau. SE nyatakan yang semua keputusan adalah 100% bergantung kepada beliau tapi SE beri satu cadangan sebagai alternatif untuk beliau. Cadangan SE lebih kurang begini la~


Pertama - tentukan apa tujuan membeli kenderaan tersebut dan adakah kenderaan itu akan menjana pendapatan tambahan lebih dari RM400 sebulan untuk anda? Jika tidak, SE cadangkan beli aje kereta baru tanpa muka dengan bayaran bulanan tidak lebih RM400. Yang penting ia dapat memenuhi fungsinya sebagai kenderaan. Cuba target untuk bayar selama 5 tahun memandangkan skim begini biasanya kena ikat kenderaan tersebut selama 9 tahun.

Kedua - dalam masa yang sama, beli emas gunakan tunai RM30000 tu semua dan simpan selama 5 tahun.

Ketiga - cuba kita buat kira-kira kasar. Bayaran kereta 5 tahun (RM400 x 12 x 5) adalah RM24000. Kalau kenderaan yang kita nak beli tu harganya RM30000, rasa-rasa baki yang tinggal tu ada tak dalam RM20000? Saya rasa mungkin kurang banyak lagi tuh~

Keempat - prestasi emas berbolak balik setiap hari tapi dilihat stabil antara 20% - 27% setahun. Ambil worse  case scenario, emas dianggar naik 15% sahaja setahun. So emas yang dibeli sebanyak RM30000 tu akan bernilai dalam anggaran RM52000 selepas 5 tahun!

Kelima - jual semua emas anda dan bayar semua baki RM20000. So, tunai di tangan anda ada lagi RM32000.

Keenam - ambil kira juga RM24000 yang telah anda bayar selama 5 tahun (RM400 x 12 bulan x 5 tahun) tadi. Anda masih ada tunai sebanyak RM8000 di tangan anda!

Nah~ selepas 5 tahun, anda telah berjaya mendapatkan kenderaan bernilai RM30000 hanya dengan RM22000 sahaja (Nilai wang tunai asal sbyk RM30000 - baki semasa di tangan RM8000 = RM22000 telah dibelanjakan)... Di tambah pula dengan nilai-nilai yang dianggarkan adalah anggaran terendah yang SE boleh bayangkan. Mungkin beliau dapat membeli kenderaan tersebut dengan lebih murah lagi DAN YANG PENTING adalah beliau dapat kereta baru (biasanya kereta baru ni kurang sikit kos maintainence) + selesai dibayar dalam tempoh 5 tahun sahaja! (faham-faham la bila kereta dah berusia 5 tahun dan lebih ni).

Apa pun, ini hanyalah pandangan peribadi SE semata-mata. Mungkin tujuan dan keperluan seseorang berbeza maka keputusan yang diambil pastinya berbeza. Tiada satu penyelesaian yang sesuai untuk semua keperluan. Semoga beliau memperoleh pulangan nilai terbaik untuk wang yang akan dibelanjakannya.... Selamat menyimpan!   

No comments:

Post a Comment