Tuesday, February 28, 2012

Pertukaran Harga Emas USD ke RM

Salam semua~ Dalam beberapa entry terdahulu SE ada sebut nilai emas tapi dalam Dolar Amerika (USD). Ada yang nak tahu nilainya tu kalau dalam Ringgit Malaysia tu berapa ye? Secara rumusnya, kalau nak kira harga emas segram dalam RM dinilai dari hari emas se'auns troy' adalah seperti berikut:

(Harga Emas 1Oz USD x Exchange Rate) / 31.1 gram

1 oz troy tu adalah seberat 31.1 gram. Sebab tu kena bahagi 31.1 untuk tahu harga emas segram. Sebagai contoh, jika dinyatakan harga emas semasa dunia semasa entry ini ditulis adalah dalam lingkingan USD1767 oz/troy. Itu bermakna harga emas segram dalam RM pada waktu entry ditulis adalah lebih kurang RM 171.25 segram (USD1767 x 3.0140 / 31.1 gram.).

Sumber : Laman Web PG @ 28/2/2012

Bila anda tahu anggaran tu, senang la nak bandingkan harga emas ni. Contohnya, harga PG dlm lingkungan RM194.90 segram (jika PG Goldbar 10gram adalah RM1949). Maknanya PG amik untung dalam RM20 segram.

Sumber : Laman web FGJAM @ 28/2/2012

Jika bandingkan dengan harga emas 999 yang dikeluarkan oleh FGJAM, harga emas segram adalah RM205. So, keuntungan mereka adalah lebih kurang RM33/gram.

Oh ya, nilai tukaran matawang tu boleh rujuk dari laman web Bank Negara Malaysia seperti contoh di bawah ni....

Sumber : Laman web Bank Negara Malaysia @28/2/2012

Berbekalkan ilmu, anda mungkin dapat membuat pertimbangan yang lebih baik dan memberikan nilai yang lebih buat wang anda. Selamat menyimpan! Jika anda nak mula menyimpan emas & perak, bolehlah hubungi kami segera!

No comments:

Post a Comment