Tuesday, February 21, 2012

Resistance Test @ USD1750 Untuk Kali Ke-5!

Pada lebih kurang jam 10.00 malam hari ini, sekali lagi resistance level USD1750 diuji buat kali kelima semenjak  28 Oktober 2011 yang lalu. Pada TF D1 dapat dilihat trend pasaran emas dunia berada ke arah menaik (bullish) bermula 30 Disember 2011 yang lepas. Momentum market juga dilihat sedang mengukuh untuk terus menaik berdasarkan petunjuk RSI. Jika paras ini berjaya ditembusi dengan kukuh, wujud kemungkinan harga emas akan mencecah paras USD1780. Namun, jika paras ini terus kukuh, harga dijangka boleh menjunam sehingga paras psikologi USD1700 semula (dan ini menghampiri garis fibo 61.8).


Trend Harga Emas dunia pada TF D1
So, kepada yang dah membeli emas sebelum ini, mungkin boleh bersabar dan menunggu harganya terus melonjak bagi membolehkan anda menikmati kenaikan harga. Bagi yang belum beli, anda bolehlah membeli sekarang atau menunggu (dan berdoa paras USD1750 terus kukuh... heheheh) harga jatuh semula. Apa pun, selamat menyimpan untuk anda semua!

p/s: Ini hanyalah pandangan peribadi penulis semata-mata dan ketepatannya adalah berdasarkan andaian penulis semata-mata. Keputusan menyimpan atau melabur adalah hak anda 100%!

No comments:

Post a Comment