Apa kabar semua? Adakah anda telah ambil tindakan memulakan simpanan emas anda minggu ini sempena kejatuhan harga emas dunia. Kepada yang telah ambil tindakan Serikandi Emas (SE) ucapkan tahniah. Kepada yang masih berkira-kira untuk bermula, teruskan pencarian anda.
Warren Buffet menyatakan bahawa modal terbaik adalah yang dikumpul melalui simpanan sendiri. Jadi, SE ingin berkongsi sedikit cerapan dari beberapa sumber tentang menyimpan. Mungkin anda bosan dengan tajuk ini memandangkan ia telah pun diajar kepada kita dari sekolah tadika lagi tetapi berapa ramai antara kita yang telah mengamalkannya secara tekun sejak ilmu tersebut diajar kepada kita?
Di samping itu, buku "The Richest Man in Babylon" menjadikan elemen menyimpan sebagai teras kejayaan pengurusan kewangan peribadi. Peraturan Emas "Simpan 10% dari setiap apa yang anda perolehi" dan Peraturan Emas "Bayar diri anda sebelum membayar yang lain" dalam buku tersebut SE rasakan amat ringkas untuk difahami tetapi memerlukan hati yang besar untuk dilaksanakan.
Percayalah --> cabaran membuat simpanan bukanlah satu perkara baru dan ia akan terus menghantui anda sekiranya anda tidak mengambil tindakan "tutup mata" dan terus mencuba kedua-dua peraturan dalam buku tersebut. Namun, AWAS --> tindakan tersebut perlu disertakan dengan satu tindakan lain iaitu menstruktur semula perbelanjaan anda (SE mungkin akan sentuh perkara ini dalam entry lain).
Contoh? SE rasa perkara ini amat jelas namun SE sertakan juga di sini. Jika pendapatan bulanan anda RM500 sebulan, pastikan TANPA GAGAL anda menyimpan RM50 sebulan juga. Nampak mudah bukan? Tapi cabarannya besar juga seperti (1) ada kecenderungan anda akan culas bulan ini dengan harapan anda akan ketepikan RM100 bulan kedua (2) tak dapat nak simpan la sebab biasanya belanja lebih RM500...
Cadangan Penyelesaian? Mmm.... bolehlah disarankan (terpulanglah anda nak ikut atau tidak):-
(1) RM50 tersebut dimasukkan ke dalam satu akaun lain (disarankan akaun tanpa Kad ATM) pada hari yang sama anda terima pendapatan anda. Jangan tunggu hingga hari kedua! Kenapa Akaun Tanpa Kad ATM? SE rasa anda tahu jawapannya.
(2) Duduk dan wujudkan bajet belanja bulanan anda. Pastikan perbelanjaan bulanan anda tidak melebihi RM450 sebulan. DIULANGI.... pastikan tidak lebih RM450! Jika lebih~ sudah pasti rancangan ini tidak berjaya. Wujudkan tabiat rekodkan perbelanjaan anda berdasarkan bajet tadi. Sedangkan sebuah negara yang besar memerlukan bajet untuk mengurus kewangan mereka, mengapa tidak anda bukan? Pastikan bajet anda adalah rasional.
(3) Struktur semula hutang dan liabiliti anda. Cuba semak interest rate perjanjian sewa beli rumah atau kereta anda & kira jika ia berbaloi untuk tukar kepada perjanjian dengan interest rate yang lebih rendah. Pelan Broadband, Pelan siaran TV, Pelan line telefon bimbit anda boleh dinilai semula bagi memastikan ia adalah ditahap terbaik dengan misi RM450 anda! Secara ringkasnya, di sinilah kebijaksanaan anda menentukan keperluan dan kehendak dituntut.
(4) Gunakan wang simpanan RM50 sebulan anda tersebut untuk membeli sesuatu yang turut boleh menjana wang pasif kepada anda. Dalam kes ini, anda akan dapat RM600 dari simpanan tersebut dalam tempoh setahun. Dalam tempoh setahun setengah, kaedah ini mungkin membolehkan anda membuat simpanan emas pertama anda dengan membeli sekeping 1 dinar. Anda simpan dinar tersebut dan mungkin anda tahu apakah nilainya 5 tahun akan datang.... Selain emas, mungkin bentuk simpanan lain boleh menjadi alternatif anda tetapi apa yang penting ia mesti mampu menjana wang pasif untuk anda.
Apa yang SE sampaikan ini adalah pengalaman kami sendiri dan mungkin hasilnya berbeza dengan orang lain. Mungkin ada faktor-faktor lain yang SE tak perasan yang mungkin membantu menjadikan kaedah ini sebagai satu kaedah simpanan yang berjaya.
So, mudah bukan? Yang penting adalah DISIPLIN, FOKUS, SABAR dan ISTIQAMAH. Jika selama ini kita merasakan pendapatan kita tidak cukup untuk memulakan simpanan, mengapa tidak kita mencabar diri kita dan cari jalan bagaimana ia boleh dicukupkan... Selamat mencoba! Jika anda ingin membeli emas & perak Public Gold bolehlah hubungi kami di 013-2352426 / 019-9830250.

No comments:
Post a Comment