Wednesday, December 25, 2013

Berapa Nilai Sebenar Dividen & Bonus ASB Anda?

Pada 19/12/2013 yang lepas, teka-teki jumlah pembayaran dividen & bonus kepada pemegang saham ASB untuk tahun 2013 telah terjawab. ASNB akan membayar 7.7sen dividen dan 1sen bonus bagi setiap saham (bernilai RM1 setiap satu). Maknanya, setiap seringgit yang disimpan dalam ASB, akan terima semula 8.7sen sebagai ganjaran (bukan 87sen ok...). Problem statement hari ni - adakah penerima sebenarnya menerima 8.7sen dari segi nilai untuk setiap seringgit simpanan mereka?



Kita mula dengan data prestasi pembayaran dividen & bonus ASB bagi tempoh 2009-2013 berdasarkan pengumuman yang dibuat oleh ASNB seperti berikut:-


2013
2012
2011
2010
2009
Div
7.7
7.75
7.65
7.5
7.3
Bonus
1
1.15
1.15
1.25
1.25
Total
8.7
8.9
8.8
8.75
8.55

Trending nampak menaik sejak tahun 2009 dan sedikit penurunan tahun 2013. Memandangkan jumlah sen diterima adalah berdasarkan nilai seringgit sesaham, maka boleh jugak kita nyatakan nilai yang sama dalam bentuk peratus (%) iaitu 8.7sen = 8.7% pendapatan.

Walaupun penerima mendapat 8.7% daripada pelaburan mereka, kita perlu ambil tahu juga apakah faktor-faktor yang "memakan" nilai pendapatan tersebut bagi mengira nilai sebenar pendapatan. Dalam kes ni, saya buat andaian penerima membuat loan lebih dari RM30ribu daripada Maybank untuk beli saham ASB (biasa orang sebut sebagai loan ASB). 

Sayugia, 2 faktor yang perlu kita ambil tahu adalah (1) kadar inflasi dalam negara & (2) effective interest rate loan yang diambil. Kadar inflasi yang diguna adalah average interest rate dari tahun 1973-2013 yang dirujuk dari website tradingeconomic.com. Manakala interest rate loan saya rujuk dari website Maybank. Dari pemerhatian saya, dapatlah disimpulkan seperti berikut:-

2013 2012 2011 2010 2009
Pendapatan ASB 8.7 8.9 8.8 8.75 8.55
(-) Kadar Inflasi  3.72 3.72 3.72 3.72 3.72
(-) Interest Loan ASB 4.95 4.95 4.95 4.95 4.95
Baki 0.03 0.23 0.13 0.08 -0.12

Jadi, menjawab kepada problem statement di atas, walaupun pada tahun 2013 ASNB umumkan mereka membayar 8.7sen sesaham (dividen + bonus) kepada pelaburan ASB, nilai sebenar yang dibawa pulang adalah 0.03sen sesaham. Ini bermakna, jika kita ada RM100,000 dalam simpanan ASB sepanjang tahun 2013 genap, kita akan dibayar oleh ASNB sebanyak RM870 tetapi nilai sebenar yang dibawa pulang adalah RM30 sahaja setelah ditolak kadar inflasi & interest rate loan. Kalau kita lihat pada tahun 2009, pemegang saham sebenarnya kerugian sebanyak 0.12sen untuk setiap saham mereka dari segi nilai.

Artikel ni tak bermaksud menerangkan baik atau buruk membuat simpanan ASB ataupun membuat pinjaman ASB. Tujuan sebenar artikel ni ditulis adalah sebagai panduan kepada kita semua tentang keperluan membuat perkiraan pendapatan sebenar dan apakah faktor-faktor yang perlu diambil kira dalam mengira pulangan terhadap sesuatu pelaburan. Penulisan ini juga adalah dibuat berdasarkan kefahaman saya semata-mata. Jika wujud kesilapan atau kesalahan, pandangan dan teguran anda amatlah dialu-alukan untuk pembelajaran kita bersama :)

Sunday, June 23, 2013

Pollutant Safety Index (PSi) - Berjerebukan harga emas minggu hadapan? (24 - 28 Jun 2013)


Nampaknya hari ni catatan PSi / APi di Malaysia paling tinggi dicatatkan di Muar dan Medan, Johor dengan dah melebihi 700! Kerajaan Malaysia pun dah mengisytiharkan Darurat di Muar mulai hari ini. Takziah saya ucapkan kepada mereka yang berada di sana... tak dapat saya bayangkan macam mana rasa tebalnya udara di sana, sedangkan saya yang kini berada di KL pun dah terasa amat "berat"nya udara yang kami sedut... semoga keadaan ini cepat berakhir~ amin....
Nampaknya dalam kita kelam kabut follow isu jerebu di Malaysia ni, harga emas dunia juga tiba-tiba "berjerebu" selepas beberapa data fundamental menunjukkan ekonomi US bertambah baik. Harga emas dunia ditutup pada paras USD1298/oz Jumaat lepas. Klip berikut juga jelaskan beberapa faktor tentang kejatuhan harga emas ni.


Kaji selidik yang dijalankan oleh Kitco.com juga menunjukkan bahawa majoriti pemain utama emas dunia turut menjangkakan harga emas akan terus jatuh pada minggu hadapan. Hanya 21% responden berjangkaan trend harga emas akan naik minggu hadapan. Kadar ketepatan kajian yang dilaksanakan Kitco.com ini melebihi 50% sehingga kini.


Kejatuhan harga emas pada minggu lepas ni sebenarnya turut memberikan kesan kepada ekonomi Negara-Negara Euro. Apa pun, untuk jangka panjang, trend harga emas dilihat masih berdaya maju dan kebanyakan penggemar emas sebagai simpanan telah mengambil peluang ini untuk menambahkan stok mereka. Harga 1 dinar Public Dinar sebagai contoh, kini hanya pada harga RM591 sebiji manakala harga 1oz Kijang Emas pada hari ini adalah RM4,347! So, bagi mereka yang nak tambah stok emas dan perak anda, ini mungkin masa yang terbaik untuk anda menambah simpanan anda!

Sunday, June 16, 2013

Apa jangkaan trend harga emas minggu hadapan? (17-21 Jun 2013)

Menurut Kitco.com melalui kajiselidik yang diadakan, 65.22% pelabur menjangkakan harga emas akan mengekalkan trend bull (menaik) bagi minggu hadapan (17 - 21 Jun 2013). Kajian yang dilaksanakan tersebut telah mendapatkan maklumbalas daripada responden yang terdiri daripada pemain emas dunia seperti pengedar jongkong emas, bank pelaburan, penganalisa carta teknikal dan lain-lain. Antara mereka yang memberikan respon jangkaan menaik menjangkakan harga emas berkemungkinan akan melonjak sehingga USD1,425/ounce selepas harga telah berada agak stabil pada harga bottom.



Bagaimanapun, sebanyak 26.08% responden menjangkakan bahawa harga emas akan turun minggu hadapan atas andaian tidak banyak faktor fundamental yang mampu menolak harga emas untuk terus naik. Mereka menjangkakan harga emas akan turun mencecah sehingga ke USD1,365/ounce. Namun, bagi jangka masa panjang, mereka masih berpandangan bahawa emas masih mempunyai unjuran harga emas positif.

Sunday, April 28, 2013

Potensi Emas Minggu Depan

1. Trend harga emas sepanjang minggu lepas berada dalam trend menaik. Namun doji telah muncul pada penutup minggu lepas (market tak dapat nak tentukan momentum sama ada nak terus naik atau turun balik next week).

Gold Daily

2. Tapi RSI dihujung minggu tak kelihatan tanda-tanda bearish divergence. So, kebarangkalian harga untuk kekalkan trend menaik adalah tinggi. Lagipun harga masih berada di bawah paras USD1500 memungkinkan pembeli terus menguasi market. Harga tertinggi sebelum harga emas tergolek tempoh hari adalah pada tahap USD1585 iaitu pada 9.4.2013. Ada kemungkinan pembeli cuba mencapai tahap tersebut sebelum menentukan tindakan seterusnya.

3. Survey Kitco juga mendapati 58.34% player dalam market menjangkakan harga emas akan terus naik pada minggu depan.

Sumber: www.kitco.com
4. So, jika bermain goldspot, kita akan tunggu dulu apa akan berlaku pada hari Isnin. Dari aspek fundamental pula, sumber utama saya pun nampaknya kena "tutup kedai".... hehehe. Sabor je la :) Tapi secara amnya, prestasi emas akan turut bergantung kepada beberapa event seperti central banks meeting, jobs report dan demand.

Sumber: ForexFactory

5. Bagi yang yang simpan emas, masa masih amat sesuai untuk anda mulakan belian anda. Kalau anda nak mulakan simpanan, harga emas Public Gold masih lagi seperti harga di bawah sebelum ia mula berubah esok...


6. Kalau anda nak buat belian, bolehkah hubungi kami di 019-9830250 / 013-2352426 atau klik DI SINI. So, selamat menyimpan emas untuk masa hadapan anda! Ambil tindakan anda sekarang~


Friday, April 19, 2013

AGSS - Kemudahan baru di Public Gold

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua~

1. Sebelum ini kami ada cerita tentang cara yang baik untuk anda menyimpan emas dan perak anda. [Klik DI SINI untuk baca] Keperluan untuk menentukan tempat simpanan emas & perak ni banyak bergantung kepada citarasa, tahap ketakutan & matlamat simpanan anda.

2. Di samping alternatif yang dicadangkan dalam artikel sebelum ini, Public Gold akhirnya berjaya merasai "denyut nadi" pelanggannya [ayat mode nak pilihanraya ni :)] yang gusar untuk menyimpan logam bernilai mereka. So, PG telah memperkenalkan perkhidmatan baru mereka yang dikenali sebagai Allocated Gold Storage Service [AGSS].


3. Kelebihan service ini adalah anda boleh beli & terus suruh PG simpankan emas & perak anda. Upah simpannya? Meh kita tengok jadual ni....


4. Namun, AGSS ni ada satu kelemahan iaitu anda perlu membuat belian sekurang-kurangnya RM5000 dalam 1 transaksi untuk melayakkan anda menggunakan perkhidmatan ini. Pada pandangan kami, syarat ni kira ok la sebab biasanya jumlah & saiz produk yang boleh kita dapati dengan harga kurang dari RM5000 ni tak berapa banyak & sesuai untuk simpanan secara kreatif.

5. SO! Kurang lagi satu masalah untuk anda fikirkan sebelum membeli emas & perak ni iaitu kat mana nak simpan. Kini anda boleh beli & terus simpan kat vault PG. Tak payah risau-risaukan kepala lagi. Bak kata Sifu saya Shufaad @ Melakafx, yang penting boleh tido lena waktu malam....

6. Anda bersedia untuk memulakan belian emas anda atau nak tahu lanjut tentang peluang miliki emas ni? Klik sahaja DI SINI.

Selamat menyimpan!

A.S.K. Profit Minds 

Mulakan Simpanan Anda Dalam Masa Harga Sangat Baik

1. Salam semua... didoakan agar anda semua berada dalam tahap kesihatan terbaik & yang penting semoga anda telah memulakan simpanan emas & perak anda...

2. Rata-rata rakyat Malaysia yang berbicara tentang emas pasti tidak terlepas untuk tahu apa sebenarnya yang mengakibatkan kejatuhan harga emas secara mendadak sejak 13/4/2013 tempoh hari. Diringkaskan cerita, beberapa faktor dikenalpasti seperti tindakan Cyprus menjual simpanan emas mereka dalam pasaran terbuka, tindakan Goldmann Sachs menurunkan unjuran emas & tindakan trader yang menukar portfolio pelaburan mereka kepada instrumen yang mereka rasa lebih selamat seperti bond dll.

3. Ada yang bertanya saya adakah wajar kita membeli emas pada masa sekarang sedangkan harga emas sedang mengalami kejatuhan. Kalau tanya saya, jawapan saya YA, SANGAT SESUAI kerana harga kini adalah hampir setara dengan harga emas pada bulan Februari 2012 tempoh hari. Kalau kita lihat carta di bawah ni, ramai yang rasa panik dengan 3 candle hitam di sebelah kanan. Ini jika kita melihat dalam jangka masa yang pendek.

Carta Harga Emas dalam Rangka Masa Harian

4. Kita juga janganlah lupa untuk melihat kepada trend pergerakan harga emas dalam rangka masa yang lebih panjang seperti carta di bawah ini pula. Trend emas dilihat masih berada dalam unjuran menaik semenjak tahun 2006. Dalam carta ini dapat kita lihat bahawa kejatuhan harga emas ini sebenarnya telah juga berlaku sebanyak 2 kali sebelum ini iaitu pada sekitar Mac - Oktober 2008 dan sekitar Sept 2011 - Mei 2012. Memandangkan harga emas telah memecut naik dalam jangka masa panjang, beberapa siri pembetulan (correction) market sudah pasti dapat kita anggarkan.

Carta Harga Emas dalam Rangka Masa Bulanan
5. Walaupun wujud kemungkinan harga emas masih boleh turun hingga ke USD1330 iaitu menghampiri Fibo 50.0, tapi kita juga dapat lihat bagaimana respon pembeli dalam market yang segera membuat belian untuk menaikkan harga emas ketika ia mencecah USD1350.

6. Jadi, dalam apa keadaan pun, jika anda adalah pembeli EMAS FIZIKAL, saya cadangkan anda tidak perlu panik malah pada masa ini buatlah penambahan stok emas setakat yang termampu sebagai tambahan aset anda. Ambillah peluang keemasan ini untuk menambah stok anda pada nilai yang sangat berbaloi. Saya cakap begini atas beberapa sebab:-

(a) anda memiliki emas anda secara fizikal;
(b) harga yang anda beli sekarang memang sangat cun; dan
(c) trend jangka panjang emas yang masih memberangsangkan.

7. Apapun, jika anda masih belum memulakan tindakan, jomlah mulakan sekarang. Kami sedia membantu anda sekiranya anda ingin memulakan simpanan emas anda. Anda juga boleh memulakan belian anda dengan klik di capaian ini http://www.publicgold.com.my/referral/PG010518/140171.

Tuesday, February 19, 2013

Tempat Selamat Simpan Emas & Perak Anda

Memiliki emas & perak fizikal sedikit sebanyak akan menimbulkan kegelisahan pemilik. Memiliki sebiji emas dirumah pun dah terasa risau, apatah lagi jika ada beberapa belas & puluh biji emas & perak. Jika jumlahnya  begitu signifikan, saya cadangkan anda sewalah peti simpanan selamat (safe deposit box). Anda yang berminat untuk menyimpan dalam peti simpanan di bank & ada juga yang disimpan di peti simpanan syarikat-syarikat yang menyediakan perkhidmatan ini. 

Gambaran dalam bilik peti simpanan selamat

Pastikan juga simpanan anda tersebut dilindungi insuran. Yelah kan~ takut-takut apa-apa berlaku terhadap peti simpanan anda. Ada sesetengah penyedia perkhidmatan hanya menyediakan perkhidmatan simpanan dan meletakkan tanggungjawab menginsurankan barangan di bahu pelanggan. So, sentiasa ingat perkara ini ye.

Pastikan Barangan Anda Dilindungi Insuran

Ada beberapa tempat simpanan yang mungkin boleh anda timbang-timbangkan:

1. Royal Safe Deposit Box (http://www.rsdb.com.my/en/)
2. My Safe Box (http://www.mysafebox.com.my/)
3. Bank-bank tempatan 

Tuesday, February 5, 2013

Tawaran Hebat Beli Emas Bulan Februari 2013

Berita hangat! Public Gold sedang membuat tawaran kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi "Dealer" mereka... khas untuk bulan Februari 2013 sahaja! Dengan membeli jongkong emas PG 100gram anda layak untuk menjadi "Dealer" manakala pembelian jongkong emas 500gram anda layak menjadi "Priority Dealer".

Harga emas & perak PG sentiasa dikemaskini setiap 20 minit

Kalau lihat pada harga emas PG pada tarikh & masa yang dinyatakan, harga 100 gram cuma RM17k+. Dalam keadaan biasa, anda memerlukan RM20k untuk menjadi "Dealer". Bagi menjadi "Priority Dealer" pula, anda perlu membuat belian sebanyak RM100k dalam keadaan biasa, tapi untuk bulan Februari ni, anda cuma perlu beli 500gram dalam anggaran RM87k+ sahaja...

Dengan menjadi "Dealer" Public Gold, anda layak menerima komisyen bagi setiap pembelian dan penjualan semula produk PG kepada Public Gold. Percent komisyen adalah berbeza mengikut tahap dealership anda. So, dengan menjadi dealer, anda seolah-olah mendapat "rebat" dari setiap belian anda. So, apa tunggu-tunggu lagi... hubungi kami segera untuk belian anda! Just sms ke 019-9830250 atau klik http://www.publicgold.com.my/referral/PG010518/140171.