Memiliki emas & perak fizikal sedikit sebanyak akan menimbulkan kegelisahan pemilik. Memiliki sebiji emas dirumah pun dah terasa risau, apatah lagi jika ada beberapa belas & puluh biji emas & perak. Jika jumlahnya begitu signifikan, saya cadangkan anda sewalah peti simpanan selamat (safe deposit box). Anda yang berminat untuk menyimpan dalam peti simpanan di bank & ada juga yang disimpan di peti simpanan syarikat-syarikat yang menyediakan perkhidmatan ini.
![]() |
| Gambaran dalam bilik peti simpanan selamat |
Pastikan juga simpanan anda tersebut dilindungi insuran. Yelah kan~ takut-takut apa-apa berlaku terhadap peti simpanan anda. Ada sesetengah penyedia perkhidmatan hanya menyediakan perkhidmatan simpanan dan meletakkan tanggungjawab menginsurankan barangan di bahu pelanggan. So, sentiasa ingat perkara ini ye.
![]() |
| Pastikan Barangan Anda Dilindungi Insuran |
Ada beberapa tempat simpanan yang mungkin boleh anda timbang-timbangkan:
1. Royal Safe Deposit Box (http://www.rsdb.com.my/en/)
2. My Safe Box (http://www.mysafebox.com.my/)
3. Bank-bank tempatan


