Tuesday, February 19, 2013

Tempat Selamat Simpan Emas & Perak Anda

Memiliki emas & perak fizikal sedikit sebanyak akan menimbulkan kegelisahan pemilik. Memiliki sebiji emas dirumah pun dah terasa risau, apatah lagi jika ada beberapa belas & puluh biji emas & perak. Jika jumlahnya  begitu signifikan, saya cadangkan anda sewalah peti simpanan selamat (safe deposit box). Anda yang berminat untuk menyimpan dalam peti simpanan di bank & ada juga yang disimpan di peti simpanan syarikat-syarikat yang menyediakan perkhidmatan ini. 

Gambaran dalam bilik peti simpanan selamat

Pastikan juga simpanan anda tersebut dilindungi insuran. Yelah kan~ takut-takut apa-apa berlaku terhadap peti simpanan anda. Ada sesetengah penyedia perkhidmatan hanya menyediakan perkhidmatan simpanan dan meletakkan tanggungjawab menginsurankan barangan di bahu pelanggan. So, sentiasa ingat perkara ini ye.

Pastikan Barangan Anda Dilindungi Insuran

Ada beberapa tempat simpanan yang mungkin boleh anda timbang-timbangkan:

1. Royal Safe Deposit Box (http://www.rsdb.com.my/en/)
2. My Safe Box (http://www.mysafebox.com.my/)
3. Bank-bank tempatan 

No comments:

Post a Comment