Sunday, April 28, 2013

Potensi Emas Minggu Depan

1. Trend harga emas sepanjang minggu lepas berada dalam trend menaik. Namun doji telah muncul pada penutup minggu lepas (market tak dapat nak tentukan momentum sama ada nak terus naik atau turun balik next week).

Gold Daily

2. Tapi RSI dihujung minggu tak kelihatan tanda-tanda bearish divergence. So, kebarangkalian harga untuk kekalkan trend menaik adalah tinggi. Lagipun harga masih berada di bawah paras USD1500 memungkinkan pembeli terus menguasi market. Harga tertinggi sebelum harga emas tergolek tempoh hari adalah pada tahap USD1585 iaitu pada 9.4.2013. Ada kemungkinan pembeli cuba mencapai tahap tersebut sebelum menentukan tindakan seterusnya.

3. Survey Kitco juga mendapati 58.34% player dalam market menjangkakan harga emas akan terus naik pada minggu depan.

Sumber: www.kitco.com
4. So, jika bermain goldspot, kita akan tunggu dulu apa akan berlaku pada hari Isnin. Dari aspek fundamental pula, sumber utama saya pun nampaknya kena "tutup kedai".... hehehe. Sabor je la :) Tapi secara amnya, prestasi emas akan turut bergantung kepada beberapa event seperti central banks meeting, jobs report dan demand.

Sumber: ForexFactory

5. Bagi yang yang simpan emas, masa masih amat sesuai untuk anda mulakan belian anda. Kalau anda nak mulakan simpanan, harga emas Public Gold masih lagi seperti harga di bawah sebelum ia mula berubah esok...


6. Kalau anda nak buat belian, bolehkah hubungi kami di 019-9830250 / 013-2352426 atau klik DI SINI. So, selamat menyimpan emas untuk masa hadapan anda! Ambil tindakan anda sekarang~


Friday, April 19, 2013

AGSS - Kemudahan baru di Public Gold

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua~

1. Sebelum ini kami ada cerita tentang cara yang baik untuk anda menyimpan emas dan perak anda. [Klik DI SINI untuk baca] Keperluan untuk menentukan tempat simpanan emas & perak ni banyak bergantung kepada citarasa, tahap ketakutan & matlamat simpanan anda.

2. Di samping alternatif yang dicadangkan dalam artikel sebelum ini, Public Gold akhirnya berjaya merasai "denyut nadi" pelanggannya [ayat mode nak pilihanraya ni :)] yang gusar untuk menyimpan logam bernilai mereka. So, PG telah memperkenalkan perkhidmatan baru mereka yang dikenali sebagai Allocated Gold Storage Service [AGSS].


3. Kelebihan service ini adalah anda boleh beli & terus suruh PG simpankan emas & perak anda. Upah simpannya? Meh kita tengok jadual ni....


4. Namun, AGSS ni ada satu kelemahan iaitu anda perlu membuat belian sekurang-kurangnya RM5000 dalam 1 transaksi untuk melayakkan anda menggunakan perkhidmatan ini. Pada pandangan kami, syarat ni kira ok la sebab biasanya jumlah & saiz produk yang boleh kita dapati dengan harga kurang dari RM5000 ni tak berapa banyak & sesuai untuk simpanan secara kreatif.

5. SO! Kurang lagi satu masalah untuk anda fikirkan sebelum membeli emas & perak ni iaitu kat mana nak simpan. Kini anda boleh beli & terus simpan kat vault PG. Tak payah risau-risaukan kepala lagi. Bak kata Sifu saya Shufaad @ Melakafx, yang penting boleh tido lena waktu malam....

6. Anda bersedia untuk memulakan belian emas anda atau nak tahu lanjut tentang peluang miliki emas ni? Klik sahaja DI SINI.

Selamat menyimpan!

A.S.K. Profit Minds 

Mulakan Simpanan Anda Dalam Masa Harga Sangat Baik

1. Salam semua... didoakan agar anda semua berada dalam tahap kesihatan terbaik & yang penting semoga anda telah memulakan simpanan emas & perak anda...

2. Rata-rata rakyat Malaysia yang berbicara tentang emas pasti tidak terlepas untuk tahu apa sebenarnya yang mengakibatkan kejatuhan harga emas secara mendadak sejak 13/4/2013 tempoh hari. Diringkaskan cerita, beberapa faktor dikenalpasti seperti tindakan Cyprus menjual simpanan emas mereka dalam pasaran terbuka, tindakan Goldmann Sachs menurunkan unjuran emas & tindakan trader yang menukar portfolio pelaburan mereka kepada instrumen yang mereka rasa lebih selamat seperti bond dll.

3. Ada yang bertanya saya adakah wajar kita membeli emas pada masa sekarang sedangkan harga emas sedang mengalami kejatuhan. Kalau tanya saya, jawapan saya YA, SANGAT SESUAI kerana harga kini adalah hampir setara dengan harga emas pada bulan Februari 2012 tempoh hari. Kalau kita lihat carta di bawah ni, ramai yang rasa panik dengan 3 candle hitam di sebelah kanan. Ini jika kita melihat dalam jangka masa yang pendek.

Carta Harga Emas dalam Rangka Masa Harian

4. Kita juga janganlah lupa untuk melihat kepada trend pergerakan harga emas dalam rangka masa yang lebih panjang seperti carta di bawah ini pula. Trend emas dilihat masih berada dalam unjuran menaik semenjak tahun 2006. Dalam carta ini dapat kita lihat bahawa kejatuhan harga emas ini sebenarnya telah juga berlaku sebanyak 2 kali sebelum ini iaitu pada sekitar Mac - Oktober 2008 dan sekitar Sept 2011 - Mei 2012. Memandangkan harga emas telah memecut naik dalam jangka masa panjang, beberapa siri pembetulan (correction) market sudah pasti dapat kita anggarkan.

Carta Harga Emas dalam Rangka Masa Bulanan
5. Walaupun wujud kemungkinan harga emas masih boleh turun hingga ke USD1330 iaitu menghampiri Fibo 50.0, tapi kita juga dapat lihat bagaimana respon pembeli dalam market yang segera membuat belian untuk menaikkan harga emas ketika ia mencecah USD1350.

6. Jadi, dalam apa keadaan pun, jika anda adalah pembeli EMAS FIZIKAL, saya cadangkan anda tidak perlu panik malah pada masa ini buatlah penambahan stok emas setakat yang termampu sebagai tambahan aset anda. Ambillah peluang keemasan ini untuk menambah stok anda pada nilai yang sangat berbaloi. Saya cakap begini atas beberapa sebab:-

(a) anda memiliki emas anda secara fizikal;
(b) harga yang anda beli sekarang memang sangat cun; dan
(c) trend jangka panjang emas yang masih memberangsangkan.

7. Apapun, jika anda masih belum memulakan tindakan, jomlah mulakan sekarang. Kami sedia membantu anda sekiranya anda ingin memulakan simpanan emas anda. Anda juga boleh memulakan belian anda dengan klik di capaian ini http://www.publicgold.com.my/referral/PG010518/140171.