Friday, April 19, 2013

Mulakan Simpanan Anda Dalam Masa Harga Sangat Baik

1. Salam semua... didoakan agar anda semua berada dalam tahap kesihatan terbaik & yang penting semoga anda telah memulakan simpanan emas & perak anda...

2. Rata-rata rakyat Malaysia yang berbicara tentang emas pasti tidak terlepas untuk tahu apa sebenarnya yang mengakibatkan kejatuhan harga emas secara mendadak sejak 13/4/2013 tempoh hari. Diringkaskan cerita, beberapa faktor dikenalpasti seperti tindakan Cyprus menjual simpanan emas mereka dalam pasaran terbuka, tindakan Goldmann Sachs menurunkan unjuran emas & tindakan trader yang menukar portfolio pelaburan mereka kepada instrumen yang mereka rasa lebih selamat seperti bond dll.

3. Ada yang bertanya saya adakah wajar kita membeli emas pada masa sekarang sedangkan harga emas sedang mengalami kejatuhan. Kalau tanya saya, jawapan saya YA, SANGAT SESUAI kerana harga kini adalah hampir setara dengan harga emas pada bulan Februari 2012 tempoh hari. Kalau kita lihat carta di bawah ni, ramai yang rasa panik dengan 3 candle hitam di sebelah kanan. Ini jika kita melihat dalam jangka masa yang pendek.

Carta Harga Emas dalam Rangka Masa Harian

4. Kita juga janganlah lupa untuk melihat kepada trend pergerakan harga emas dalam rangka masa yang lebih panjang seperti carta di bawah ini pula. Trend emas dilihat masih berada dalam unjuran menaik semenjak tahun 2006. Dalam carta ini dapat kita lihat bahawa kejatuhan harga emas ini sebenarnya telah juga berlaku sebanyak 2 kali sebelum ini iaitu pada sekitar Mac - Oktober 2008 dan sekitar Sept 2011 - Mei 2012. Memandangkan harga emas telah memecut naik dalam jangka masa panjang, beberapa siri pembetulan (correction) market sudah pasti dapat kita anggarkan.

Carta Harga Emas dalam Rangka Masa Bulanan
5. Walaupun wujud kemungkinan harga emas masih boleh turun hingga ke USD1330 iaitu menghampiri Fibo 50.0, tapi kita juga dapat lihat bagaimana respon pembeli dalam market yang segera membuat belian untuk menaikkan harga emas ketika ia mencecah USD1350.

6. Jadi, dalam apa keadaan pun, jika anda adalah pembeli EMAS FIZIKAL, saya cadangkan anda tidak perlu panik malah pada masa ini buatlah penambahan stok emas setakat yang termampu sebagai tambahan aset anda. Ambillah peluang keemasan ini untuk menambah stok anda pada nilai yang sangat berbaloi. Saya cakap begini atas beberapa sebab:-

(a) anda memiliki emas anda secara fizikal;
(b) harga yang anda beli sekarang memang sangat cun; dan
(c) trend jangka panjang emas yang masih memberangsangkan.

7. Apapun, jika anda masih belum memulakan tindakan, jomlah mulakan sekarang. Kami sedia membantu anda sekiranya anda ingin memulakan simpanan emas anda. Anda juga boleh memulakan belian anda dengan klik di capaian ini http://www.publicgold.com.my/referral/PG010518/140171.

No comments:

Post a Comment