Nampaknya hari ni catatan PSi / APi di Malaysia paling tinggi dicatatkan di Muar dan Medan, Johor dengan dah melebihi 700! Kerajaan Malaysia pun dah mengisytiharkan Darurat di Muar mulai hari ini. Takziah saya ucapkan kepada mereka yang berada di sana... tak dapat saya bayangkan macam mana rasa tebalnya udara di sana, sedangkan saya yang kini berada di KL pun dah terasa amat "berat"nya udara yang kami sedut... semoga keadaan ini cepat berakhir~ amin....
Nampaknya dalam kita kelam kabut follow isu jerebu di Malaysia ni, harga emas dunia juga tiba-tiba "berjerebu" selepas beberapa data fundamental menunjukkan ekonomi US bertambah baik. Harga emas dunia ditutup pada paras USD1298/oz Jumaat lepas. Klip berikut juga jelaskan beberapa faktor tentang kejatuhan harga emas ni.
Kaji selidik yang dijalankan oleh Kitco.com juga menunjukkan bahawa majoriti pemain utama emas dunia turut menjangkakan harga emas akan terus jatuh pada minggu hadapan. Hanya 21% responden berjangkaan trend harga emas akan naik minggu hadapan. Kadar ketepatan kajian yang dilaksanakan Kitco.com ini melebihi 50% sehingga kini.
Kejatuhan harga emas pada minggu lepas ni sebenarnya turut memberikan kesan kepada ekonomi Negara-Negara Euro. Apa pun, untuk jangka panjang, trend harga emas dilihat masih berdaya maju dan kebanyakan penggemar emas sebagai simpanan telah mengambil peluang ini untuk menambahkan stok mereka. Harga 1 dinar Public Dinar sebagai contoh, kini hanya pada harga RM591 sebiji manakala harga 1oz Kijang Emas pada hari ini adalah RM4,347! So, bagi mereka yang nak tambah stok emas dan perak anda, ini mungkin masa yang terbaik untuk anda menambah simpanan anda!