Sunday, June 16, 2013

Apa jangkaan trend harga emas minggu hadapan? (17-21 Jun 2013)

Menurut Kitco.com melalui kajiselidik yang diadakan, 65.22% pelabur menjangkakan harga emas akan mengekalkan trend bull (menaik) bagi minggu hadapan (17 - 21 Jun 2013). Kajian yang dilaksanakan tersebut telah mendapatkan maklumbalas daripada responden yang terdiri daripada pemain emas dunia seperti pengedar jongkong emas, bank pelaburan, penganalisa carta teknikal dan lain-lain. Antara mereka yang memberikan respon jangkaan menaik menjangkakan harga emas berkemungkinan akan melonjak sehingga USD1,425/ounce selepas harga telah berada agak stabil pada harga bottom.



Bagaimanapun, sebanyak 26.08% responden menjangkakan bahawa harga emas akan turun minggu hadapan atas andaian tidak banyak faktor fundamental yang mampu menolak harga emas untuk terus naik. Mereka menjangkakan harga emas akan turun mencecah sehingga ke USD1,365/ounce. Namun, bagi jangka masa panjang, mereka masih berpandangan bahawa emas masih mempunyai unjuran harga emas positif.

No comments:

Post a Comment