Wednesday, December 25, 2013

Berapa Nilai Sebenar Dividen & Bonus ASB Anda?

Pada 19/12/2013 yang lepas, teka-teki jumlah pembayaran dividen & bonus kepada pemegang saham ASB untuk tahun 2013 telah terjawab. ASNB akan membayar 7.7sen dividen dan 1sen bonus bagi setiap saham (bernilai RM1 setiap satu). Maknanya, setiap seringgit yang disimpan dalam ASB, akan terima semula 8.7sen sebagai ganjaran (bukan 87sen ok...). Problem statement hari ni - adakah penerima sebenarnya menerima 8.7sen dari segi nilai untuk setiap seringgit simpanan mereka?



Kita mula dengan data prestasi pembayaran dividen & bonus ASB bagi tempoh 2009-2013 berdasarkan pengumuman yang dibuat oleh ASNB seperti berikut:-


2013
2012
2011
2010
2009
Div
7.7
7.75
7.65
7.5
7.3
Bonus
1
1.15
1.15
1.25
1.25
Total
8.7
8.9
8.8
8.75
8.55

Trending nampak menaik sejak tahun 2009 dan sedikit penurunan tahun 2013. Memandangkan jumlah sen diterima adalah berdasarkan nilai seringgit sesaham, maka boleh jugak kita nyatakan nilai yang sama dalam bentuk peratus (%) iaitu 8.7sen = 8.7% pendapatan.

Walaupun penerima mendapat 8.7% daripada pelaburan mereka, kita perlu ambil tahu juga apakah faktor-faktor yang "memakan" nilai pendapatan tersebut bagi mengira nilai sebenar pendapatan. Dalam kes ni, saya buat andaian penerima membuat loan lebih dari RM30ribu daripada Maybank untuk beli saham ASB (biasa orang sebut sebagai loan ASB). 

Sayugia, 2 faktor yang perlu kita ambil tahu adalah (1) kadar inflasi dalam negara & (2) effective interest rate loan yang diambil. Kadar inflasi yang diguna adalah average interest rate dari tahun 1973-2013 yang dirujuk dari website tradingeconomic.com. Manakala interest rate loan saya rujuk dari website Maybank. Dari pemerhatian saya, dapatlah disimpulkan seperti berikut:-

2013 2012 2011 2010 2009
Pendapatan ASB 8.7 8.9 8.8 8.75 8.55
(-) Kadar Inflasi  3.72 3.72 3.72 3.72 3.72
(-) Interest Loan ASB 4.95 4.95 4.95 4.95 4.95
Baki 0.03 0.23 0.13 0.08 -0.12

Jadi, menjawab kepada problem statement di atas, walaupun pada tahun 2013 ASNB umumkan mereka membayar 8.7sen sesaham (dividen + bonus) kepada pelaburan ASB, nilai sebenar yang dibawa pulang adalah 0.03sen sesaham. Ini bermakna, jika kita ada RM100,000 dalam simpanan ASB sepanjang tahun 2013 genap, kita akan dibayar oleh ASNB sebanyak RM870 tetapi nilai sebenar yang dibawa pulang adalah RM30 sahaja setelah ditolak kadar inflasi & interest rate loan. Kalau kita lihat pada tahun 2009, pemegang saham sebenarnya kerugian sebanyak 0.12sen untuk setiap saham mereka dari segi nilai.

Artikel ni tak bermaksud menerangkan baik atau buruk membuat simpanan ASB ataupun membuat pinjaman ASB. Tujuan sebenar artikel ni ditulis adalah sebagai panduan kepada kita semua tentang keperluan membuat perkiraan pendapatan sebenar dan apakah faktor-faktor yang perlu diambil kira dalam mengira pulangan terhadap sesuatu pelaburan. Penulisan ini juga adalah dibuat berdasarkan kefahaman saya semata-mata. Jika wujud kesilapan atau kesalahan, pandangan dan teguran anda amatlah dialu-alukan untuk pembelajaran kita bersama :)

No comments:

Post a Comment