Wednesday, December 23, 2015

SEMOGA 2016 LEBIH CEMERLANG


TSPL Appreciation Dinner 2015
  1. Tahun 2015 hampir melabuhkan tirainya. Sudah pasti banyak kejayaan yang telah anda peroleh & tidak dapat dinafikan juga banyak cabaran yang mungkin telah anda redah. Apapun, kita bersyukur kerana berjaya mengharungi segalanya sehingga kini.
  2. Bagi ASK Profit Minds, tahun 2015 banyak mengajar kami dalam pelbagai aspek kehidupan, antaranya -

    • keperluan Plan B -  harga beberapa barangan komoditi seperti minyak kelapa sawit, emas & perak menyusut ke paras yang rendah. Bagi emas fizikal, ia mungkin menjadi cabaran bagi sesetengah orang kerana pernah membeli semasa harga tinggi maka option untuk menjual pada masa terdekat dilihat bukan sebagai satu pilihan. Tapi menariknya, ini adalah merupakan peluang untuk menambah stok emas ekoran harga yang rendah tapi hendaklah dengan mindset sebagai simpanan jangka panjang. Bagi minyak sawit pula, harga kelapa sawit juga semakin rendah iaitu kira-kira RM400 per tan sedangkan kos-kos operasi semakin meningkat
    • kukuhkan simpanan - apa pun yang ingin dilakukan, kukuhkanlah asas simpanan kita. Bagi kami, simpanan yang dibuat perlulah dipelbagaikan dan sebaiknya ia mampu mengembangkan "diri"nya sendiri. Jika ongkosnya ada maka tujuan penggunaanya boleh dibincangkan.
    • bersikap jujur - dalam apa perkara & urusan yang anda buat, lakukanlah dengan jujur kerana Allah Taala. Apa yang telah dijanji mesti dikotakan. Jangan mengelak dari masalah untuk menyelesaikan masalah tersebut. Jika kita ikhlas & jujur dalam amalan kita, in sha Allah urusan kita akan dipermudahkan.
    • utamakan keluarga - keluarga merupakan alasan utama kita mencari kerja. Tapi seringkali bila dah dapat kerja, kita tak dapat nak memberi keutamaan kepada keluarga. Kami juga kadang-kala begitu. Namun, cubalah sedaya upaya untuk memberikan keutamaan kepada keluarga. Banyak pengalaman yang dikongsi menunjukkan akhirnya keluargalah yang akan membantu kita dalam masa kita kesusahan.
    • lihat kepada bigger picture & be persistence - cuba buat penilaian terhadap sesuatu keputusan yang ingin diambil. Sama ada jika kita buat sesuatu itu akan lebih banyak kebaikan berbanding jika kita tak buat dan sebaliknya. Jika kita dah pasti nak buat sesuatu, terus lakukan perkara tersebut sehingga hasil yang kita nak tu dapat dicapai.
Semoga tahun 2016 akan memberi harapan yang lebih positif buat kita semua. Sebagai manusia, kita perlu terus berusaha dan bertawakal dengan segala ketentuan Allah SWT.

Wednesday, July 22, 2015

PUBLIC PRIVATE PARTNERSHIP UNIT

Wow! Hampir 2 tahun sebelum saya mula menulis semula dalam blog ni untuk memberi laluan & tumpuan kepada pelajaran & menyesuaikan diri di pejabat baru di Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri or known as UKAS,JPM. Kalian boleh browse through website UKAS di www.ukas.gov.my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai salah satu jabatan Kerajaan ini.

Konsep kerjasama awam-swasta atau Public-Private Partnership (PPP) telah pun banyak diadapatasi di seluruh dunia termasuklah Malaysia sebagai salah satu method perolehan di samping kaedah perolehan konvensional (secara Development Expenditure atau DE) untuk Kerajaan mendapatkan infrastruktur atau perkhidmatan untuk faedah awam seperti lebuhraya, bangunan Kerajaan, sekolah, sistem pengurusan sisa pepejal dan sistem pembentungan.



Tiada satu istilah khusus untuk PPP yang diterima pakai di seluruh dunia. Ia diselaraskan mengikut keperluan dan kepentingan organisasi yang melaksanakan PPP tersebut. Secara mudahnya, konsep pelaksanaan PPP akan melibatkan kerjasama pihak swasta untuk membina keperluan/infrastruktur Kerajaan melalui satu kontrak (selalunya dalam bentuk Perjanjian Konsesi) dan sebagai balasannya, pihak Kerajaan akan memberikan balasan (consideration) kepada pihak swasta sama ada dalam bentuk bayaran yuran, kutipan tol atau hak eksklusif tetapi tidak terhad kepada bentuk-bentuk tersebut sahaja.

Memandangkan sumber kewangan Kerajaan adalah terhad berbanding keperluan infrastruktur yang perlu disediakan kepada rakyat dalam sesuatu tempoh pembangunan, pelaksanaan projek secara PPP akan dapat membantu Kerajaan mencapai sasaran pelaksanaan projek yang dirancang. Ini kerana secara amnya, perbelanjaan modal (CAPEX) projek akan disediakan oleh pihak swasta bagi melaksanakan projek tersebut. Oleh itu, Kerajaan akan dapat menyalurkan jumlah CAPEX yang sepatutnya disediakan untuk projek tersebut kepada projek lain yang dirancang untuk dilaksanakan secara DE.

Dalam pelaksanaan projek secara PPP, objektif utama Kerajaan adalah untuk memastikan supaya wujudnya elemen value for money terhadap wang yang akan digunakan ke dalam projek tersebut. Dalam hal ini, beberapa komponen penting dilihat secara halus termasuklah pengagihan risiko, daya maju projek (viability), kebolehbiayaan projek (bankability) dan pulangan projek (project return).

Terdapat pelbagai model PPP yang diamalkan di Malaysia seperti kaedah Build-Operate-Transfer (B.O,T), Build-Operate-Own (B.O.O), Build-Lease-Maintain-Transfer (B.L.M.T), Build-Lease-Maintain-Operate-Transfer (B.L.M.O.T), Selling of Equity dan Land swap.