Wow! Hampir 2 tahun sebelum saya mula menulis semula dalam blog ni untuk memberi laluan & tumpuan kepada pelajaran & menyesuaikan diri di pejabat baru di Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri or known as UKAS,JPM. Kalian boleh browse through website UKAS di www.ukas.gov.my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai salah satu jabatan Kerajaan ini.
Konsep kerjasama awam-swasta atau Public-Private Partnership (PPP) telah pun banyak diadapatasi di seluruh dunia termasuklah Malaysia sebagai salah satu method perolehan di samping kaedah perolehan konvensional (secara Development Expenditure atau DE) untuk Kerajaan mendapatkan infrastruktur atau perkhidmatan untuk faedah awam seperti lebuhraya, bangunan Kerajaan, sekolah, sistem pengurusan sisa pepejal dan sistem pembentungan.
Tiada satu istilah khusus untuk PPP yang diterima pakai di seluruh dunia. Ia diselaraskan mengikut keperluan dan kepentingan organisasi yang melaksanakan PPP tersebut. Secara mudahnya, konsep pelaksanaan PPP akan melibatkan kerjasama pihak swasta untuk membina keperluan/infrastruktur Kerajaan melalui satu kontrak (selalunya dalam bentuk Perjanjian Konsesi) dan sebagai balasannya, pihak Kerajaan akan memberikan balasan (consideration) kepada pihak swasta sama ada dalam bentuk bayaran yuran, kutipan tol atau hak eksklusif tetapi tidak terhad kepada bentuk-bentuk tersebut sahaja.
Memandangkan sumber kewangan Kerajaan adalah terhad berbanding keperluan infrastruktur yang perlu disediakan kepada rakyat dalam sesuatu tempoh pembangunan, pelaksanaan projek secara PPP akan dapat membantu Kerajaan mencapai sasaran pelaksanaan projek yang dirancang. Ini kerana secara amnya, perbelanjaan modal (CAPEX) projek akan disediakan oleh pihak swasta bagi melaksanakan projek tersebut. Oleh itu, Kerajaan akan dapat menyalurkan jumlah CAPEX yang sepatutnya disediakan untuk projek tersebut kepada projek lain yang dirancang untuk dilaksanakan secara DE.
Dalam pelaksanaan projek secara PPP, objektif utama Kerajaan adalah untuk memastikan supaya wujudnya elemen value for money terhadap wang yang akan digunakan ke dalam projek tersebut. Dalam hal ini, beberapa komponen penting dilihat secara halus termasuklah pengagihan risiko, daya maju projek (viability), kebolehbiayaan projek (bankability) dan pulangan projek (project return).
Terdapat pelbagai model PPP yang diamalkan di Malaysia seperti kaedah Build-Operate-Transfer (B.O,T), Build-Operate-Own (B.O.O), Build-Lease-Maintain-Transfer (B.L.M.T), Build-Lease-Maintain-Operate-Transfer (B.L.M.O.T), Selling of Equity dan Land swap.

Bagaimana tuan melihat perkara ini atau projek spt ini memberi kesan atau 'tekanan' kpd OE tahunan yg scr tidak lgsung turut dipengaruhi oleh kadar deficit yg ditetapkn oleh fiscal policy committee.
ReplyDelete