Thursday, January 21, 2016

KEPERLUAN MEMILIKI POLISI INSURAN & TAKAFUL

Tahun 2016 bermula dengan ujian berkaitan kesihatan. Isteri saya terkena serangan hyper-vent pada 8.1.2016 dan kemudiannya dimasukkan ke hospital akibat demam denggi selama 6 hari mulai 10.1.2016 hingga 16.1.2016. So kenalah sambung cuti selama seminggu untuk bantu uruskan beliau & anak-anak.

So hari ini saya nak share sedikit tentang keperluan memiliki insurans/takaful dari perspektif saya sebagai seorang pengguna. Bukan bertujuan untuk promo atau jual insuran/takaful (sebab saya pun bukan ejen insuran/takaful) tapi saya berkongsi atas dasar saya sendiri lalui pengalaman tersebut. Antara keperluan memiliki insuran adalah seperti berikut:-

(1) Tabungan Kecemasan telah tersedia - Kami sekeluarga subscribe pelan takaful dengan PruBSN pada tahun 2011 semasa kami di Kuantan. Dalam sebulan kami bayar lebih kurang RM500 untuk saya, isteri dan 2 anak saya. Sebelum kena warded ni rasa macam penat juga membayar premium setiap bulan tapi bila dah kena admit tu baru la rasa berbaloi sebab ambil insuran/takaful. Bagi kes isteri saya, pada masa discharge di Sunway Medical Centre (SMC), total bill yang perlu dibayar hampir RM6,000!! Kira purata RM1,000 sehari la untuk kes denggi klasik macam wife saya ni. Denggi klasik ni tak ada ubatnya. So sekadar drip & ubat-ubatan masa sakit kepala & gatal-gatal badan. Jadi bayangkan kalau kes-kes yang kena warded & memerlukan jumlah rawatan yang tinggi.... mungkin tak sempat nak kumpul duit sebanyak tu untuk cover kos perubatan tersebut.


Medical Card yang kami ada macam ni la lebih kurang bentuknya

(2) Peluang Memilih Kemudahan Selesa - Bagi yang ambil medical card, biasanya ada kadar bilik wad yang diberikan berdasarkan pelan insuran/takaful anda. Pelan yang kami ambil beri kadar RM150 sehari untuk wad. Masa mula-mula ambil pelan ni dulu, banyak hospital yang offer bilik single untuk RM150 tapi sekarang layak untuk bilik double je kat SMC tu. Tapi tak jadi masalah sebab kita masih boleh request untuk bilik single daripada hospital tapi perbezaan kos tu kena tanggung sendiri la :-) Jadi anda bolehlah dapatkan nasihat ejen insuran tentang keperluan ni. Saya amat memerlukan bilik single ni sebab mudah untuk saya uruskan anak-anak kecil saya sekali.

Kesian Cik Siti.... Ni la Bilik Single kat SMC

(3) Peroleh Minda Yang Tenang - Keperluan ni saya rasa susah untuk diukur jika anda belum pernah melaluinya. Dalam hal-hal sakit ni saya rasa kepeningan utama mungkin akibat kos perubatan di samping rutin harian yang nungkin berubah. So, jika anda memiliki insuran/takaful, sedikit sebanyak kegusaran tentang kos perubatan tidak perlu difikirkan. Pun begitu, sebagai pelanggan insuran/takaful, kita perlulah pastikan apa sebenarnya yang kita boleh dapat melalui pelan yang kita langgani. Tanyalah kepada ejen anda tentang apa kelebihan yang akan anda dapat dan apa yang perlu anda lakukan jika musibah berlaku. Kalau tak takut jadi macam ni......










No comments:

Post a Comment