Monday, May 2, 2016

KADAR GAJI MINIMA DIJANGKA NAIK JULAI 2016?


  1. Penetapan kadar gaji minima sebanyak RM900 sebulan ditetapkan Kerajaan Malaysia pada tahun 2013. Dilaporkan seramai 1.9 juta pekerja swasta telah mendapat manfaat daripada penetapan kadar gaji minima tersebut.
  2. Pada 1 Mei 2016, YAB Perdana Menteri telah sekali lagi mengumumkan cadangan Kerajaan untuk menetapkan kadar gaji minima daripada RM900 kepada RM1000 sebulan bagi pekerja di Semenanjung dan sebanyak RM920 sebulan bagi Sabah, Sarawak & Labuan. (Sumber: http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/05/02/minimum-wage-to-be-raised-in-july/)
  3. Pelbagai reaksi diperoleh semasa inisiatif ini dilaksanakan buat pertama kali di Malaysia pada tahun 2013 termasuklah peningkatan kos operasi di pihak peniaga dan peningkatan kos sara hidup di pihak pengguna. Reaksi ini diterima daripada pelbagai industri seperti industri peruncitan dan perkhidmatan termasuklah perkhidmatan tadika dan taska.
  4. Di Amerika Syarikat, isu kenaikan kadar gaji minima juga menjadi perdebatan hangat antara Parti Demokrat dengan Republican sejak tahun 1983 lagi. Pihak Demokrat mencadangkan kadar gaji minima ditetapkan pada kadar $10 sejam berbanding $7.25 sejam dan akan memberi manfaat kepada 27.8 juta pekerja di Amerika. Mereka menyasarkan seramai 4.6 juta rakyat akan dapat dikeluarkan daripada kemiskinan dengan kenaikan gaji minima kepada $10.10 sejam tanpa memerlukan Kerajaan menyediakan perbelanjaan tambahan bagi melaksanaan program-program tertentu. (sumber : http://www.nytimes.com/2014/02/09/opinion/sunday/the-case-for-a-higher-minimum-wage.html?_r=0)  
  5. Kajian kes oleh Card & Krruger di New Jersey dan Pennyslvania pada tahun 1992 mendapati antara lain bahawa kesan penetapan kadar gaji menima dalam industri makanan segera daripada $4.25 kepada $5.05 sejam dalam kawasan kajian adalah wujudnya elemen pass-through costs kepada pengguna ekoran wujudnya pertambahan kos di pihak syarikat. Ironinya, tiada bukti dapat menunjukkan bahawa kenaikan kadar gaji minimum menjadi faktor strategik yang menyebabkan pihak syarikat mengurangkan pengambilan pekerja baru. (sumber: David Card & Alan B. Kruger, 2012, Minimum Wages And Employment:A Case Study of the Fast Food Industry in New Jersey and Pennyslvania, the American Economic Review, Vol.84 No.4, September 1994, pg.772 - 793.
  6. Walau apa pun justifikasi yang diberikan untuk menetapkan kadar gaji minima, pertimbangan secara holistik wajarlah diberikan oleh pihak berwajib. Kita sedar tindakan ini bukanlah satu keputusan yang mudah dan mampu menyebabkan pelbagai implikasi dari sudut ekonomi dan sosial.
  7. Kemungkinan kenaikan kadar inflasi ekoran kenaikan harga barang dan perkhidmatan serta manipulasi majikan terhadap kadar gaji seperti pelarasan semula gaji pekerja secara menyeluruh perlu diperhatikan secara dekat. Kita sedar bahawa ultimate goal inisiatif ini adalah untuk membawa Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 namun ia wajar dilaksanakan secara total plan iaitu turut digerakkan secara bersekali antara pelaksanaan (execution) dengan pengutkuasaan (enforcement).