Saya berpeluang menghadiri Seminar Bijak Merancang Wang (SeminarBMW) anjuran INFAQ Consultancy pada 9 Jun 2016. Walaupun hanya seminar 1 hari, banyak perkara yang boleh dipelajari. Di sini saya kongsikan serba sedikit info yang didapati untuk pembelajaran kita bersama...
- Tetapkan matlamat kewangan anda - tentukan secara jelas apa yang anda mahukan dari perspektif kewangan dalam tempoh sederhana dan jangka panjang. Tak salah berangan-angan sebab ia percuma! Cuma pastikan ia menjadi penggerak (driver) untuk anda mencapai matlamat kewangan anda.
- Kenalpasti kedudukan semasa kewangan anda - Ambil tahu 2 perkara asas dalam portfolio kewangan anda iaitu (1) aliran tunai atau cashflow, dan (2) nilai aset bersih atau nettworth anda.
- Ambil masa untuk duduk bersama pasangan sah anda (jika ada... hehehe) dan catat pendapatan & perbelanjaan kalian. Daripada situ anda akan tahu berapa aliran tunai anda sama ada lebih, cukup-cukup atau kurang. Jika cukup-cukup atau kurang, gerakkan "pelan menyelamat" anda bagi memastikan di setiap akhir bulan aliran tunai anda adalah lebih atau positif. Ini bagi membolehkan aktiviti memantapkan kewangan dimulakan kelak iaitu dengan mula membuat simpanan.
- Pihak INFAQ Consultancy mencadangkan model 30-30-30-10 bagi kawalan perbelanjaan bulanan kita. Daripada kesemua pendapatan kita, 30% digunakan untuk belanja isi rumah, 30% untuk bayar hutang, 30% untuk simpanan, pelaburan atau perlindungan; manakala 10% lagi untuk pemberian & penyucian harta.
![]() |
| sumber : INFAQ Consultancy |
- Ambil masa juga untuk kenalpasti berapa nilai aset bersih (nettworth) kalian. Nettworth ni diperlukan bagi melihat berapa banyak aset yang korang ada sebagai medium sokongan untuk dicairkan sekiranya aliran pendapatan anda terganggu. Lebih banyak aset cair adalah lebih baik. Aset cair ni maknanya aset yang mudah ditukar kepada bentuk duit dalam tempoh yang pendek dalam 1-3 hari. Aset terdiri daripada Simpanan (contohnya tunai, simpanan bank, Tabung Haji dan ASN/ASB), Pelaburan (seperti rumah, emas, saham dan hartanah) dan Lain-lain (contohnya kereta dan KWSP).
- Mengikut pandangan penceramah, aset cair kita mesti bernilai sekurang-kurangnya 3 bulan gaji kita. Manakala nilai liabiliti kita hendaklah berada dalam tahap nilai 3 tahun gaji kita. Jika nilai liabiliti kita berada antara 3 hingga 5 tahun gaji maka kita berada dalam tahap berhati-hati. Jika lebih 5 tahun maknanya kita berada dalam kedudukan kewangan yang MERBAHAYA!
Dah tahu status kedudukan semasa kewangan anda? Bila dah tahu, apa yang boleh kita buat untuk mantapkan kewangan kita? Saya akan sambung dalam entry yang akan datang... TUNGGU!

No comments:
Post a Comment