Apabila kita dah tahu status semasa kewangan kita seperti dibincang dalam Bahagian 1 dahulu, barulah tindakan selanjutnya boleh kita rancang sama ada untuk jangka masa sederhana atau panjang. Tapi, Rule #1 adalah pastikan ADA LEBIHAN dalam cashflow kita. Kalau tak ada lebihan kena berusaha untuk wujudkan lebihan tersebut. Macam penceramah tu kata, kita tak boleh nak kawal ekonomi dunia tapi kita boleh kawal perbelanjaan kita. Mengikut Model INFAQ, kita mesti ada 30% lebihan bagi menjayakan pelan kewangan kita.
Apa nak buat dengan lebihan 30% tuh? Penceramah tu mencadangkan agar ia dipecahkan untuk 3 perkara:-
- 10% untuk simpanan;
- 10% untuk perlindungan; dan
- 10% untuk pelaburan.
Dalam entri kali ni, saya share sikit pasal pelan yang pertama iaitu SIMPANAN. Ikut kata penceramah lagi, ciri-ciri simpanan ni ada 2 iaitu (1) tiada risiko i.e. no charge & no risk; dan (2) mudah dicairkan i.e. liquid. Kalau ada satu je maknanya bukan simpanan la tu. Mungkin dah jadi pelaburan.
![]() |
| Sekadar hiasan - Rancang kewangan anda agar tidak pening kepala. Gambar diambil di Lapangan Terbang Brussel, Belgium (2015) |
Kalau kita ingat dari kita masih kecil lagi, semua orang di sekeliling kita pesan kat kita "kalau ada duit lebih tu simpan-simpanlah". So, dalam menyimpan ni, ada beberapa strategi yang kena kita buat.
Strategi #1 - pastikan jumlah simpanan kita adalah bernilai antara 3 - 6 BULAN GAJI kita. Kalau gaji bulanan kita RM2000, maknanya target kita adalah untuk ada sekurang-kurangnya RM6000 - RM12000 dalam simpanan. Kenapa kena ada simpanan? Hmmm.... jawapan saya mudah je. Buat dulu simpanan tu sampai cukup target tu nanti kita tahulah nak buat apa dengan duit tu. Kan lagi senang nak buat plan kalau ada duit berbanding tak ada duit kan?
Strategi #2 - kita kena simpan SEBELUM kita mula belanja & BUKAN simpan bila ada lebihan wang. Maknanya, bila kita dapat income sama ada berbentuk gaji, bonus RM500 atau 1.5 bulan gaji, duit sewa rumah, duit orang derma kat akaun kita (kalau ada la...) atau apa sahaja income, kita simpan siap-siap 10% daripada nilai tuh. Bila dah simpan tu barulah kita boleh belanja....
Strategi #2 - kita kena simpan SEBELUM kita mula belanja & BUKAN simpan bila ada lebihan wang. Maknanya, bila kita dapat income sama ada berbentuk gaji, bonus RM500 atau 1.5 bulan gaji, duit sewa rumah, duit orang derma kat akaun kita (kalau ada la...) atau apa sahaja income, kita simpan siap-siap 10% daripada nilai tuh. Bila dah simpan tu barulah kita boleh belanja....
Strategi #3 - cuba amalkan pendekatan "SIMPAN & LUPA" dan JANGAN amalkan pendekatan "parking". Apa bezanya? Simpan & Lupa tu maknanya kita simpan dalam satu akaun dan biarkan duit simpanan kita tu duduk kat situ biar pun ribut & taufan melanda. Parking tu pulak kita simpan duit "simpanan" kat satu akaun tapi dalam keadaan tertentu kita akan keluarkan juga (contohnya nak belanja untuk beli kuih raya.... contoh~).
Tuan penceramah bagi tips macam mana nak buat kaedah simpan & lupa ni.... cuba ambil pendekatan nih:-
- Buka buku akaun baru dengan bank yang susah nak jumpa.
- Jangan subscribe perkhidmatan internet banking atau kad ATM untuk akaun yang dibuka tadi.
- Buat standing order/instruction kepada bank yang mana gaji anda dimasukkan supaya masukkan 10% ke dalam akaun baru yang dibuka tadi secara automatik. Jadi anda pun tak perasan duit tu diasingkan sebagai simpanan anda.
Strategi #4 - cuba KEKALKAN GAYA HIDUP sebelum anda menerima kenaikan gaji. Jadi, jika anda diberikan rezeki kenaikan gaji, maka bolehlah anda simpan semua jumlah kenaikan gaji tersebut sebagai simpanan untuk mempercepatkan tercapainya sasaran simpanan anda.
Rasanya cukup dulu bab simpanan ni. Bagi yang dah cukup simpanan tu alhamdulillah... dan bagi yang belum ada atau belum cukup simpanan tu, kita mulakanlah simpanan tu. It's never too late!
Dalam entri akan datang saya akan kongsikan tentang baki 20% dari wang lebihan tadi iaitu bab perlindungan dan pelaburan pula. Harap-harap entri kali ini dapat sedikit sebanyak bermanfaat untuk kalian.... Selamat berpuasa dan selamat beramal semua!
Dalam entri akan datang saya akan kongsikan tentang baki 20% dari wang lebihan tadi iaitu bab perlindungan dan pelaburan pula. Harap-harap entri kali ini dapat sedikit sebanyak bermanfaat untuk kalian.... Selamat berpuasa dan selamat beramal semua!

No comments:
Post a Comment